Amaran Keras Polis Ekoran Gambar Autopsi Nurin Disiar Dalam Internet
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Ekoran tersebarnya berita hari ini bahawa gambar-gambar autopsi kanak-kanak yang mati dibunuh Nurin Jazlin Jazimin disiarkan dalam Internet, polis memberi amaran keras bahawa tindakan akan diambil terhadap sesiapa yang mengedarkan gambar berkenaan.
Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar, kesal dengan apa yang berlaku yang mengaitkan pembunuhan kejam kanak-kanak berumur lapan tahun itu begitu rupa, memberitahu Bernama: "Saya telah melihat gambar-gambar yang disiarkan melalui e-mel dan telah membuat laporan.
"Penyiasatan sedang dijalankan mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan saya memberi amaran keras kepada sesiapa yang menyebarkan gambar-gambar itu supaya berhenti berbuat demikian atau menghadapi risiko didakwa mengikut OSA atau didakwa memiliki bahan-bahan lucah," katanya.
No comments:
Post a Comment