Search This Blog

Translate

Monday, 27 February 2017

DAJJAL di Negeri Samirah

DAJJAL

Negeri Samirah adalah negeri kecil di Palestin yang nanti akan menjadi sebuah negara besar. Bahkan menjadi ibu kota kerajaan Bani lsrail warisan Nabi Sulaiman. Ini berdasarkan masa kelahiran Nabi Musa, kira-kira satu abad sebelumnya.

Seorang lelaki dan seorang perempuan keturunan Yahudza, setelah 31 tahun berkahwin, lahirlah seorang anak yang paling membahayakan kedua orang tuanya, sebagaimana yang digambarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. kedua matanya tidur tetapi hatinya tetap terjaga.’


Keluarga Dajjal, ayah, ibu dan abang-abangnya adalah penyembah berhala. DuIu, mereka menyembah sebuah berhala berbentuk seperti lembu betina. Sebenarnya berhala itu bukan sekadar patung Iembu betina, ia adalah syaitan durjana yang menyerupai dirinya seperti patung lembu betina. itu. Mereka menyembelih binatang untuk dikorbankan kepada berhala. 





Yang sebenarnya dipersembahkan kepada syaitan, berserta minuman arak yang dihulurkan setiap hari. Disamping itu mereka juga suka melakukan penghambaan atau persembahan dan ketaatan. Setiap pagi mereka lihat sisa-sisa dan apa yang mereka korbankan di tempat itu. Sangka mereka, itu adalah sebagai tanda bahawa Tuhan mereka merestui apa yang mereka Iakukan. Permintaan kedua-dua orang tua Dajjal ialah agar mereka diberi anak lelaki. Akhirnya Allah s.w.t. pun menjadikan kehamilan keatas seorang wanita yang yang dilahirkan dari perbuatan zina antara mahram dengan seorang suami yang juga dilahirkan dan hasil perzinaan antara mahram.


Sementara itu syaitan pun turut ikut masuk ke saluran kencing IeIaki penyembah berhala setiap kaIi dia menggauli isterinya. Jadi Syaitanpun turut mencampuirl isteri penyembah berhala itu bersama-sama suaminya. Bertemulah sperma dan ovum dari unsur manusia dengan unsur syahwat yang penuh kedengkian dari jin, sebagaimana yang ditakdirkan oleh Allah.


(Dalam buku lhdzaru aI-Maslkh ad­DajjaI menyatakan Dajjal lahir dari hasil hubungan ketika ibunya sedang menstruasi, IaIu terjadilah kehamilan sebagai pengaruh perbuatan Syaitan)

Pada malam yang sangat menakutkan, diiringi hembusan angin, ribut salji dan hujan lebat, pasangan suami isteri itu mendengar suara dari patung lembu betina liar yang memberitahu bahawa dia telah meredhai kedua-duanya. Bahkan, katanya dia memerintahkan malaikat untuk mengurniakan kepada mereka seorang anak. Tetapi jika kedua-­duanya tidak memperbanyakkan ketaatan dan penyembahan berhala serta tidak banyak menumpahkan darah korban, maka dia akan menggantikan anak lelaki itu dengan anak perempuan.

Apalagi, kedua-duanya pun sujud dan bersimpuh depan patung itu dengan penuh setia sambil menyatakan mereka mahukan sangat anak Ielaki. Patung syaitan itu menyuruh mereka menyembelih seekor Iembu betina gemuk dan besar. Kemudian menyuruh diletakkan sembelihan itu di hadapan patung, dan selepas itu mereka berdua dilarang untuk masuk ke tempat itu sepanjang malam.





Apa yang berlaku sebenarnya syaitan telah mempermainkan mereka berdua untuk melakukan apa saja menurut kehendak dan kemahuan Syaitan.





Syaitan dapat melihat apa yang tidak boleh dilihat oleh manusia biasa. Sebab jin boleh melihat apa yang ada dalam jasad manusia, sama seperti melihat manusia melihat filem X-Ray, sehinggakan dia dapat melihat kandungan perempuan itu sejak awal Iagi. Namun begitu syaitan tidak tahu apa yang akan terjadi, Syaitlan tidak tahu apakah anak itu perempuan atau lelakit tetapi dia tahu betapa besar kemahuan pasangan itu dengan kelahiran anak lelaki.




Perempuan itu pun melahirkan anak Ielaki tetlapi anak yang baru lahir itu cacat kedua-dua belah matanya sejak lahir. Bayi itu suka tidur malam dan siang serta amat jarang bangun untuk menghisap air susu ibunya yang berbadan besar.

lmam Ahmad meriwayalkan dalam Musnad, iaitu sebagaimana sabda Rasulullah mengenai keluarga Dajjal.





“Ayahnya tinggi, gemuk dan hidungnya seperti paruh burung. Se­dangkan ibunya fardhakhiyyah, iaitu banyak daging dan berbadan gemuk. Kedua tangannya panjang dan kedua teleknya pun besar. Oleh kerana anaknya tidak disusui oleh ibunya susu, Ia bahkan dapat mengakibatkan keracunan yang berakhir dengan kematian. Jadi anak Ielaki itu sejak awal memang telah mendatangkan sial kepada ibunya.





Paling anehnya, anak lelaki itu bertahun-lahun duduk diam dan hanya bergerak beberapa kali, sehinggakan orang tuanya menyangka dia lumpuh atau pun Tuhan mereka sudah murka. Maka mereka pun menyajikan berbagai jenis sajian sebagai tanda taat tetapi anak lelaki itu tetap seperti itu juga, tidak ada sebarang perubahan.





Selama empat tahun sebelumnya dia belum pernah berjalan. Padahal orang tuanya telah memberikan air susu kambing serta berusaha untuk menggerak-gerakkan kedudukan anaknya. Anaknya itu hanya minum seteguk dua sahaja, kemudian terus tidur. Melihatkan anaknya dalam keadaan seperti itu, orangnya tidak pernah merasa ten­ang. Hatinya sentiasa tertanya-tanya apakah anaknya masih hidup. Mereka sering melelakkan tangan atau melekapkan telinga pada dada anaknya itu. Di dapati anaknya masih hidup.





Sebagaimana kala Rasulullah s.a.w.. “Kedua matanya tidur, tetapi hati tetap terjaga.”

Pada satu malam tiba-tiba anaknya itu bergerak bangun, sementara orang tuanya sedang tidur. Dia cuba merangkak kemudian berdiri untuk berjalan dengan kedua kakinya. Kemudian dia berjalan perlahan-lahan tanpa diketahui oleh kedua orang tuanya, seakan-akan ada roh lain yang menyusup ke dalam rohnya sambil memberitahu dan membantunya untuk berdiri dan berjalan. Sudah tentulah roh lain itu ialah Jin Syaitan (Jinni Mutasyaithan). Kedua-dua mata anak Ielaki itu cacat dan dia telah dirasuk oleh syaitan yang bersemayam dalam patung lembu. Syaitan itu memimpin kanak-kanak itu menghala ke patung Iembu betina. Kemudian dia ditinggalkan tidur di sisi patung tersebut. Apabila ayahnya bangun dia terus mendapatkan anaknya yang tertidur dipangkuan tuhan-tuhan patung lembu betina itu. Ayahnya cuba mencari apakah makna peristlwa yang terjadi itu telapi tidak berjaya menaf­sirkannya. Lalu ayahnya itu tadi pun memanggil jiran-jiran tetapi jiran tidak mempercayai dengan peristwia itu, mereka menuduh ayahnya sendiri yang membawa anaknya itu dan meletakkannya dipangkuan tuhan-­tuhan tersebut. Jiran-jiran itu tahu anaknya itu lumpuh dan hanya boleh duduk sahaja.





Walaubagaimana pun berita mengenai hal itu tetap tersebar. Bagi sesetengah orang yang mempercayainya datang berduyun­-duyun ke rumahnya untuk melihat dari dekat akan kejadian aneh yang terjadi kepada budak lelaki itu. Dalam masa yang sama ada yang cuba mencari berkai dari budak itu. Namun, hakim-­hakim yang ada di kawasan itu berasa tidak senang hati untuk menerima kebenaran kejadian itu dengan begitu saja. LaIu mereka pun membawa ayah anak itu ke hadapan hakim besar di kota yang kemudian memaksa ayahnya memberitahu apakah sebenarnya yang terjadi.



Ayah menceritakan perkara sebenar telapi hakim-hakim tidak mahu menerima kenyataannya, laIu ayahnya itu diperintah masuk penjara dan didera. Ketika di dalam penjara dia dipaksa membuat kenyataan bahawa tidak ada sesiapa yang harus dipatuhi kecuali hakim agung yang menguasai negeri tersebut.




Setelah puas kena seksa maka dia pun terpaksa mengaku dan membuat pengumunan di hadapan hakim dan penduduk negeri bahawa tiada tuhan selain hakim dan bahawa tidak ada yang dapat memberi perto­Iongan atau mendatangkan bencana selain hakim. Dengan pengakuan yang dia buat itu maka dia pun dikeluarkan dari penjara tetapi anaknya itu terpaksa dijaga di dalam istana dengan penuh perhatian dan tidak dibenarkan keluar dari istana hakim.





Berita tentang keajaiban anak lelaki itu semakin tersebar luas sehinggakan heboh dan peristiwa itu disebut sebagai A’jubah as Samirah yang bermakna (Keajaiban Samirah) Hakim amat marah dengan peristiwa itu, dia tidak mahu menerima kenyataannya. Menurut hakim lagi, anak lelaki yang ajaib itu sebenarnya telah dirasuk syaitan. Berita itu pun disebar luas ke seluruh pelusuk dunia.





Hakim tidak berdiam diri, dia pergi mencari dukun untuk mengeIuarkan syaitan dari badan budak itu. Hampir semua tempat ke pelusuk negeri dan benua dicarinya bomoh, dukun serta tukang sihir untuk mengeluarkan rasukan syaitan dari anak lelaki itu. Kerana menurut hakim syaitan itu akan menggoncangkan singgahsana atau ‘Arsy Tuhan.





Apabila berita itu tersebar, suasana masyarakat pun menjadi kacau bilau dan kelam kabut. Tiba-­tiba ada seorang yang berpura-pura sebagai ahli falsafah dari Samirah pun membuat pengumuman. Anak itu memang betul-betul keturunan Samiri. Dua huruf ra dan ha’ (dua huruf terakhir dari kata Samirah) Dulu Ia membawa makna satu negeri iaitu negeri Syam kerana Sam bin Nuh as., adalah pendiri gerakan Samirah setelah terjadinya banjir besar. Ketika Sam masih kecil, dia tidak banyak bergerak sehingga datang malaikat yang kemudian mengajarnya bagaimana cara menggerakkan kedua-dua kakinya. Anak itu adalah cucu dari Syam.” Telapi tidak ada seorang pun yang mahu percaya dengan kata-kata ahli falsafah itu. Sebaliknya dia pula dituduh orang gila.





Hakim pula telah memberi arahan supaya kenyataan ahli falsafah itu tidak diperbualkan lagi oleh sesiapa pun. Barangsiapa yang cuba hendak bercakap tentang hal itu akan dihukum.





Hakim pun membuat pengumunan anak itu diberi gelaran as-Samiri kerana berdasarkan negeri kelahirannya dan bukannya sebab-­sebab lain.





Ayah budak lelaki (Dajjal) itu pula kemudiannya mati kerana terlalu menderita, kematiannya itu dipanggil adz-dzabhah ash-shadriyyal aI­mutakarrarah yang bermakna (tekanan batin berlanjutan). Ayahnya mati kerana watak anaknya itu sangat ganjil.




Anak ajaib itu pun ditinggalkan dalam penjagaan dan pemeliharaan hakim diistananya. Setahun kemudian, iaiitu kelika berumur Iima tahun, anak itu pun mula berupaya bangun dan tidurnya, setelah bangun dia cuba berbual-bual dengan orang­orang di sekeliling istana itu, tetapi perbualannya tengagap-gagap dan terputus-putus.




Orang-orang istana pun cuba hendak mengubati penyakit buta di matanya tetapi doktor-doktor istana membuat kesimpulan bahawa penyakit atau cacat itu tidak akan dapat disembuhkan secara perubatan biasa kerana cacat itu nampaknya diciptakan oleh Yang Maha Kuasa.





Sebulan kemudian, ketika penduduk negeri itu sedang nyenyak tidur, tiba-tiba datang peringatan dari Tuhan. Peringatan dari Tuhan itu datang kerana penduduk negeri itu melakukan zina dan homoseksual, sebagai orang-orang Sadum dan Amurah. Siksaan yang Tuhan turunkan itu secara tiba-tiba tanpa diduga sama sekali.




Allah telah memerintahkan malaikat Jibril untuk memasukkan penduduk negeri itu ke dalam bumi, sama seperti yang dilakukan kepada penduduk Sadum dan Amurah. Yang terselamat tinggal hanyalah seorang anak kecil (Dajjal) yang berada di istana itu. Jibril telah ditugaskan membawa anak itu ke suatu pulau yang terletak di suatu lautan luas yang disebut Laut Yaman. Laut ini mempunyai peranan penting di masa akan datang. (Dari Laut Yaman inilah nanti terbentang jalan yang akan dilalui seorang saleh yang mempunyai peranan penting dalam memerangi Dajjal.




Anak lelaki itu tinggal seorang diri di pulau itu. Dia sentiasa dijaga, diawasi serta diberi makan dan minum oleh malaikat itu tadi. Anak itu kembali seperti biasa, iaitu banyak tidur dan sedikit bergerak. Sementara itu Jibril kembali menghancurkan negeri yang penuh dengan kemaksiatan itu dan menebalikkan negeri itu sehinggakan bahagian atas negeri itu menjadi bawah. Maka selesailah seksaan Allah ke atas orang-orang kafir itu.




Kemudian Jibril kembali membawa makanan untuk anak itu dari rezeki Allah dan demi menjalankan perintah Allah tanpa sebarang persoalan. Allah menyayangi anak itu dan berfirman kepada Jibril,”Hai Jibril, anak itu adalah hambaKu. Tetapi di akhir zaman dia mengaku sebagai tuhan yang disembah di muka bumi. Aku akan mengutus orang yang akan menyiksanya dengan seksaan yang pedih dan akan membunuhnya pada suatu masa tertentu yang tidak akan diingkari oleh hambaKu. Orang tersebut adalah seorang nabi yang diutus pada suatu masa dan dia menjadi wali, tanpa wahyu pada menjelang akhir zaman.

(Riwayat ini didapati dari seorang alim di negeri Yaman. Dia dikenali dengan nama Haidar bin Anif Billah Abdullah bin Salem bin Syari. Dia mempunyai banyak manuskrip mengerikan yang menurut katanya telah berusia ratusan tahun. Bahkan ada skripnya yang mempunyai asal-usul sejak 700 tahun sebelum Masehi.



0rang alim ini masih hidup dan berusia 110 tahun. Dia sendiri tidak mahu hidup di kota moden. Segenap hidupnya dihabiskan dikhemah-khemah di padang pasir sahara bersame-sama empat orang isterinya. Isteri-isterinya jauh Iebih muda dari dia, iaitu sekitar dua puluh hingga tiga puluh tahun. Dia masih kelihatan gagah. Ketika ditanya kepadanya tentang rahsia kegagahannya, die menjawab bahawa dia tidak pernah meninggaikkan sembahyang malam, tidak pernah meninggaikan sembahyang dan waktu yang ditentukan dan jarang memakan daging dan garam. Makanan yang paling banyak dimakannya iaiah madu, kurma, susu dan air putih.)





Pulau yang didiami oleh anak itu dikenali dengan nama jazirah ats­tsu ‘ban ar-rahib we ad-dabbah al-­halba yang bermakna pulau ular yang mengerikan dan haiwan berbulu tebal. Sebab menurut cerita tentang pulau itu, setiap orang yang hampir dan singgah di pulau itu pasti akan mati disengat oleh ular yang panjangnya beratus-ratus meter. Sementara haiwan berbulu tebal itu mempunyai lidah yang dapat bercakap-cakap dengan berbagai­-bagai bahasa di muka bumi ini dan Ia menguasai pulau itu. UIar itu adalah penjaganya dan buta matanya. Haiwan itulah yang mengarahkannya.




Pulau itu sebenarnya kecil seperti sekumpulan batu yang membentuk satu petak bumi yang penuh dengan berbagai mata air yang segar airnya serta dikelilingi pokok­pokok rendang yang saling berjalin. Pulau itu juga dipenuhi dengan sumber-sumber yang berfaedah seperli berbagai-bagai jenis bunga, tumbuh-tumbuhan, pokok-pokok epal berwarna kuning berbentuk aneh seperti kepala jin yang nampak indah dan tersusun rapi bukan seperti kepala syaitan yang hodoh.




lklim pulau itu memang selamanya sejuk dan selalu turun hujan.

Pulau itu terletak di Lautan Hindi dekat dengan negeri Yaman. Pulau yang didiami oleh anak ajaib itu nampak jauh dan terpisah dari pulau-pulau yang jumlahnya banyak. Bahkan dari jauh pulau itu nampak seperti sebuah bintang yang terlepas dari gugusan bintang lain, atau bagai sebuah bulan yang terlepas dari edarannya yang penuh dengan planet-planet lain. Ia menjadi sesuatu yang asing dan ganjil kenana ia telah ditentukan oleh Yang Maha Kuasa.




Walaupun anak itu dikunjungi dan diawasi oleh Jibril siang dan malam, namun anak itu tidak tahu. Kerana sebagai manusia biasa dia tidak dapat melihat malaikat Jibril itu, kecualilah dengan perkenan Allah s.w.t. Disamping itu anak itu pula asyik tidur seperti penghuni gua.





Pada satu hari ketika umur anak itu telah mencapai lapan tahun, kedua-dua matanya mula terbuka diiringi dengan kesedaran hatinya. Sesudah itu, dia tidak lagi banyak tidur. Dia hanya tidur sekejap sahaja. Pada mulanya, setiap kali terjaga dari tidur dia akan mendapatkan makanan dan minuman segar yang berada di sisinya, sehingga habis makanan dan minuman itu, dia kembali tidur semula. Diwaktu ini, dia sudah mampu berdiri, bergerak, dan berfikir.




Malah dia mampu menangkap ikan dalam air dengan petunjuk bisikan suara yang terdengar dengan jelas di telinganya dan dia boleh faham maksud seruan itu dengan jelas.

“Buatlah seperti begini supaya kami menjadi begini,” kala bisikan malaikat Jibril kepada anak itu.




Anak kecil itu pun berjalan­jalan mengelilingi sekilar pulau yang dia tinggal itu, dia rasa kagum dan terasing serta sentiasa berwaspada. Dia berjalan sambil bersembunyi dengan penuh hati-hati.




Pulau itu dipenuhi dengan berbagai jenis burung dan binatang.Tidak ada satu binatang buas dan ganas di pulau itu selain dari beberapa ekor ular yang merayap dari Iautan yang menuju ke sana.





Satu hari ketika sedang merayau-rayau itu dia dikejutkan oleh seekor binatang yang sangat besar, berbulu tebal dan mempunyai dua mata yang menonjol seperti mata lembu. Tiba-tiba binatang itu bercakap dengan bahasa yang dia boleh faham.




Binatang itu berkata,” Engkau adalah seorang anak yang diselamatkan oleh Allah dari gempa bumi yang dahsyat ketika negeri Samirah dilanda malapetaka. Engkau dibawa oleh malaikat Jibril ke sini. Malaikat itulah yang menjaga makan dan minum engkau. Oleh itu janganlah engkau mengkhianati janji mu dengan Allah. Sebab pada hati setiap anak Adam telah tertanam ketaatan kepada Allah dan beriman kepada Nya selama mereka masih berada dalam fitrah kesuciannya. Kerananya engkau menjadi Muslim dan Mukim yang yakin dan taat kepada Tuhan Pencipta alam ini. Dialah Tuhan yang Maha Esa.”





Kemudian binatang besar itu pun memberi isyarat kepadanya supaya mengikutnya ke arah sebuah batu. Di batu itu tertera tulisan dalam bahasa Arab. Binatang itu mengajarnya huruf demi huruf dan dia pun mengikutnya. Kemudian binatang itu pun memberi isyarat kepadanya untuk mengikutnya kepada berbagai permukaan batu lagi. Di batu-batu itu tertulis kata-kata:




Batu pertama: La ilaha illallah (Tiada luhan selain Allah)

Batu kedua: “Allahu Wahid La Syarika lahu (Allah Maha Esa, tidak ada sekutu bagiNya)

Batu ketiga: “Engkau dijaga dan diurus oleh Jibril. OIeh itu janganlah kamu mengkhianati janjimu dengan Allah.”

Batu keempat: “Hanya engkau saja di pulau ini.”

Batu kelima: “Makanlah den nikmatilah makanan dari rezeki Allah ini yang sesuai dengan keperluan dan kehendakmu. Tidurlah sesukamu. Sembahlah Allah dalam berbagai keadaanmu dengan tasbih-tasbih keesaan kepada Nya, yakni solat yang diwajibkan kepadamu. Allahlah raja, Allahlah Maha Esa. Dia tidak berayah dan tidak pula mempunyai anak. Allah lah Tuhan yang Maha Besar. Allah lah yang Maha Agung. Dan Allah lah yang Maha Rja.”

Batu Keenam: “Jadilah engkau anak masa kini, wahai anak kecil. Janganlah engkau menjadi anak masa lalu di pulau ini pada zaman apa pun.”




Batu Ketujuh: “Tidak ada kitab bagimu kecuali apa yang dibawa kepadamu oleh seorang Nabi terakhir, Nabi Muhammad s.a.w. yang datang menjelang akhir zaman. Jika engkau beriman kepadanya maka engkau adalah manusia masa depan yang beriman dan mempunyai keyakinan kepada Allah. Tetapi jika engkau engkar kepadaNya maka engkau adalah manusia depan yang dijanjikan akan mendapat seksaan Allah. Sesungguhnya engkau berada di antara dua nabi yang berserah diri kepada Allah dan sebenarnya semua nabi berserah kepada Allah. 




Jika engkau beriman dan yakin kepada apa yang kami imani dan yakini, maka Allah akan memudahkan kamu untuk mengimani penutup para nabi yang terdahulu dan pengganti nabi yang telah wafat. Dia bernama Muhammad Al Amin. Dia akan lahir sebagai Nabi dan Rasul di tengeh-tengah kaum yang buta huruf. Dia berhijrah ke tempat yang banyak ditumbuhi pokok kurma dan yang banyak mata air dan perigi dengan tanah yang subur. Jika engkau mendustakan nabi yang mendahului Muhammad maka Allah akan menutup hatimu dengan tabir kain yang hitam. Hatimu menjadi hitam terkena sedikit warna putih dan condong kepada keburukan bagaikan kendi yang penuh dengan lumpur di atas cermin terang. Akibatnya, hatimu tidak dapat melihat cahaya dan akalmu hanya melihat dirimu sendiri saja seperti lblis. Semoga Iaknat Allah ditimpakan atasnya, yang mendiami Segitiga Bermuda yang lama itu dan engkau pun menjadi teman karibnya. Betapa buruk seseorang yang ditemani makhluk terkutuk dan dijauhkan dari rahmat Allah s.w.t. yang dibiarkan saja sampai suatu masa di suatu negeri, iaitu di suatu lautan yang penuh hembusan angin kelak ketika Allah tidak lagi menyayangi orang­-orang yang terusir dari rahmat Nya.

Jadilah engkau, wahai anak istimewa yang dijagai dan dibimbing malaikat agung sebagai Mukmin yang mempercayai kewujudan Allah dan malaikatNya, serta RasulNya. Jika tidak, engkau berada di dalam bahaya dan dimasukkan kedalam penjara seribu tahun lamanya. Yang memperingatkan mu dan menggembirakanmu di dalam penjara adalah seorang Arab Mekah yang mendustakan Nabi yang jujur itu. Tempat hijrahnya adalah tanah­tanah subur yang banyak ditumbuhi pokok kurma. Engkau akan berjasa pada hari ketika tiba musimnya memetik kurma di negeri tempat diisra’ dan dimi’rajkan Nabi dari bangsa Arab itu. Ada banyak air melimpah yang mengalir dan meresap ke dalam tanah di dataran tinggi dan di tanah Thabaniyyah. Haram atas dirimu memasuki kota Mekah yang dimuliakan Allah, Tuhan semesta alam.

Engkau tidak boleh memasuki tanah mana pun yang subur kecuali tanah Uhud. Uhud adalah gunung yang mencintai Allah dan Allah pun mencintainya. Engkau juga tidak boleh masuk negeri Quds tempat isra’ dan mi’raj, Nabi yang paling akhir. Ini adalah ilmu Allah untukmu yang ditulis oleh Jibril, pembawa wahyu (amin al wahi) dan dia meninggalkan tulisan ini untukmu, disamping batu beser berupa cincin dari Jibril utusan Allah Tuhan semesta alam!’


Anak itu kemudian melihat di tepi batu besar ketujuh yang paling besar di antara batu-batu besar lainnya yang menjadi batu tulis. Di situ, dia terjumpa sepotong batu yang indah warnanya. Tanah berwarna seperti dakwah emas berkilat yang digunakan Jibril untuk menulis. Pada potongan batu itu tendapat peringatan Allah s.w.t. yang berbunyi. “Dan tidaklah Kami menyeksa sehingga Kami mengutus seorang rasul (Al Isra 17:15)



lni adalah sebuah tanda dan isyarat bahawa tanah tersebut bukan berasal dari pulau itu bahkan tanah itu bukan dari bumi manapun. Hanya Allah saja yang lebih mengetahui. Dakwat itu berbaki kira-kira sebanyak sebelah tapak tangan anak itu. Meskipun begitu ukurannya tidak sama walau dengan tiga tapak tangan lelaki biasa kita.


Haiwan besar itu mula menerangkan makna tulisan itu dan diberitahu juga bahawa anak itu diberi kebebasan untuk memiIih haluan masa depannya. Apakah di masa akan datang dia mahu menjadi orang baik atau orang jahat. Jika dia menjadi orang baik, maka dia akan menjadi seorang lelaki biasa dan raja yang beruntung. Tetapi jika dia memilih menjadi orang jahat, maka dia akan menjadi seorang yang mengaku AKU SEBAGAI TUHAN yang berkuasa dengan kerajaan atau kekuasaan atas alam jin kafir dan syaitan dan mereka adalah makhluk ciptaan Allah. Dia akan menjadi raja yang menguasai alam manusia, sedang engkau termasuk salah salu di antara mereka.Dia akan memerintah tetapi hanya menjadi raja dalam waktu yang singkat sahaja.


Apa akan terjadi kesudahannya hanya Allah saja yang tahu sebab segala sesuatu itu ditentukan olehnya. Dan tidak ada yang mengetahui kesudahan segala sesuatu kecuali Allah s.w.t.


Seterusnya anak itu bertanya kepada binatang besar itu.

“Kalau begitu siapakah engkau sebenarnya? Apakah motif yang mendorongmu datang ke sini? Dan siapakah yang mengajarmu bercakap dan menjelaskan sehingga engkau mampu bercakap seperti manusia?” Binatang itu menjawab.”Aku memang seekor binatang yang diciptakan dan diperintahkan untuk berbuat demikian dan sentiasa berada di sini bersamamu. Jibril, malaikat itu akan membawamu dari hutan di penghujung dunia nanti. Hanya engkau saja satu-satunya orang hidup dari suatu keturunan subur yang telah hancur. Aku juga bertugas menjaga dan memeliharamu ketika Jibril tidak ada. Aku diperintahkan untuk tinggal di pulau ini bersamamu sehingga engkau menentukan pilihan hidupmu. Ajalku di sini bersama dengan keluarnya engkau menuju pilihanmu.” Binatang itu memberitahu bahawa ia diperintah untuk bercakap memberitahunya. Kemudian setelah itu Ia akan diam membisu dan hanya mengeluarkan suara binatang sebagaimana lazimnya. Dia tidak akan bencakap untuk kali kedua kecuali jika masa keluarnya anak itu dari pulau tersebut sewaktu akhir zaman hampir dekat.


Mungkin pada masa di antara itu, hanya terpulang kepada Allah untuk menentukannya. Mungkin aku mampu bercakap denganmu lagi.Sesuatu yang ghaib tidak dapat diketahui oleh semua makhlukh. Ketahuilah bahawa apa yang dikatakan sekarang ini adalah wasiat-­wasiat dari malaikata Jibril itu.



Selepas itu lidah binatang itu pun terdiam dan kembali seperti binatang semula. Ia bernama Jassasah yang bererti terus menerus memerhati untuk mencari maklumat dan memberitahukannya kepada anak itu...

DAJJAL - Berada di negeri jiran-jirannya

DAJJAL BERADA DI NEGERI---- Jiran-jirannya (bab2)

Penduduk-penduduk di situ terbahagi kepada dua golongan, ada yang percaya dengan Dajjal, sementara sebahagiannya pula menolak keluar ajaran Dajjal itu. Apabila Dajjal dapati ada golongan yang ragu-ragu dengannya, maka dia pun belayar melarikan diri. Dia tidak tahu kemana hendak dituju, hanya mengikutarah tiupan angin. Tahu-tahu saja dia sudah sampai di England, Ireland, Scotland dan kemudian ke Perancis. Dajjal berkenalan dengan penduduk negeri yang dia pergi itu sambil mengenal tentang keadaan alam di situ.

Tetapi dia rasa tempat-tempat itu semua masih tidak begitu sesuai baginya untuk dibuat tempat tinggal. Dia pun buat keputusan balik semula ke Amerika Selatan dengan bahtera besarnya. Semasa dalam perjalanan balik itu dia berlabuh di pantai sebuah pulau yang bernama Puerto Rico. Dia tengok penduduk di situ lebih serius dan ikhlas daripada penduduk kepulauan Bermuda dalam acara menyembah syaitan.

Dia pun bertanya tentang rahsia penyembahan penduduk kawasan itu dan bertanya bagaimana ajaran itu tersebar sehinggakan para penganut di situ mempunyai keyakinan yang kuat. Dajjal diberitahu, Pada satu masa dahulu, di zaman nenek moyang mereka, ada seseorang lelaki yang berbadan besar menjelma dalam bentuk cahaya terang seperti api kepada penduduk pulau itu iaitu tepat pada sebelum matahari terbenam di atas gunung dan menyeru memberitahu.'Aku adalah tuhanmu. Jika kamu semua tidak sujud kepada aku, maka aku akan gegarkan bumi ini.

Oleh kerana rasa takut, maka mereka pun sujud. Dajjal bertanya: "Apakah sekarang ini boleh nampak orang itu?" Mereka menjawab," Setiap tahun orang itu akan muncul satu atau dua kali di atas gunung yang nenek moyang kami panggil Gunung Terbit. la dipanggil Gunung Terbit kerana Syaitan Agung, tuhan kami menerbitkan cahaya di atas gunung itu. Dajjal pun berjanji dengan ketua-ketua penduduk di situ yang dia akan datang semula untuk menghadiri

perayaan tahunan agama ini. Mereka tidak halang kalau Dajjal mahu datang tetapi harus ikut cara dan doanya. Dajjal bertanya." apakah doanya?" Para penyembah syaitan itu pun memberitahu tentang doa dan syaratnya. Dajjal setuju. Mereka mengucapkan,"Wahai tuhan kami. Wahai cahaya wujud dan pembawa obor cahaya kepada seluruh makhluk. Aku hadapkan jiwaku kepadamu dengan keimanan, kecintaan dan penyucian. Engkaulah kebaikan dan inti kebaikan. Oleh sebab itu, aku berjanji kepada tnu untuk menjadi hambamu yang taat dan mencintaimu dan musuh dewa kejahatan. Engkaulah roh kebenaran. Engkaulah, wahai Iblis, cahaya keabadian.

Engkaulah wahai Iblis cahaya keabadian. Engkau nampak kepada kami, sebab itu kami membenci tuhan yang tersembunyi dan hidup dalam kegelapan. Kerana itu aku akan membenci kegelapan dan mengubahnya jadi api dan cahaya, Maka lakukanlah padaku apa yang dapat memuliakan namamu. Wahai tuhan kami Iblis yang agung, terimalah doa dan ketundukanku, sinari jalanku dengan keindahanmu yang memancarkan sinar dan keti' • mendekat hari terakhirku. Engkau mendapatiku sebagai pemberani dan tenang ketika menghadapi kematian dan kesempurnaan persiapan untuk pindah ke haribaanmu dalam api keabadian. Amin."

Dajjal setuju dengan mereka dan cara mereka. Padahal dia me,nyembunyikan sesuatu hasrat dalam diri dia sendiri.

Hari perayaan yang dia nanti-nantikan telah tiba. Dajjal menghadir kan diri di upacara kemunculan Syaitan kaum itu. Tetapi peliknya, syaitan yang mengaku tuhan itu tidak datang pada hari upacara Syaitan. Setelah menanti selama dua hari, para penyembahnya menganggap Syaitan sedang sebok menguruskan alam ini sebab itu tidak muncul. Tiba-tiba pada hari ketiga syaitan memunculkan diri kepada mereka di atas gunung dalam kegelapan, Badannya seakan-akan menyala dan mengeluarkan cahaya. Dia menyeru mereka sujud. Para penyembahnya pun sujud, hanya seorang sahaja yang tidak sujud. Siapa lagi kalau tidak Dajjal. Sebabnya Dajjal tidak sujud kerana yang menjelma atas gunung itu ialah Dajjal yang menampakkan diri menggantikan Iblis.

Dajjal mengambil kesempatan itu kerana dia lihat sudah dua hari syaitan tidak muncul. Lalu dia pun menyapu badannya dengan minyak fosfor dan dipermainkannya api. Dia berkata kepada para penyembah/Tanda keredhaanku ke Dajjal sentiasa mencari peluang untuk menyesatkan orang kononnya dia Tuhan atau paling tidak pun dia mengaku dia anak tuhan.......sehingga dia sanggup buat perjanjian dengan Iblis atas kamu ialah adanya seorang yang akan hidup di tengah-tengah kamu semua.

Dia adalah putraku. Aku mengutusnya kepada kamu semua dan seluruh alam. Dia adalah raja kamu dan anak tuhan.Dia akan menjaga dan memelihara kamu. Jika dia memerintahkan sesuatu, taatilah. Jika dia melarang sesuatu, janganlah membantahnya. Jika dia meminta sesuatu, berikanlah. Jika dia memberi kepada kamu semua, maka sujudlah kepadanya. Dia adalah dari aku dan aku adalah darinya. Kami adalah seperti matahari dan cahayanya. Tanda ketuhanannya ialah kedua matanya aneh. Barangsiapa memandang kedua matanya, maka dia akan mendapatkan syurga dan keredhaan."

Kemudian dia menghilang dan mereka pun tertanya-tanya, siapakah gerangan orang yang dimaksudkan. Para penyembah pun mula tercari-cari orang asing utusan tuhan itu. Akhirnya mereka terjumpa Dajjal sedang tidur di bawah pokok di tengah hutan. Mereka mengejutkan dia. Dia pun bangun. Kemudian mereka sujud di hadapannya serta memohon keredhaan. Dia pun berkata kepada mereka,"Berdirilah! Ayah aku tuhan yang agung, telah mengampuni segala dosa kamu semua. Mulai hari ini, lakukanlah apa saja yang kamu mahu. Barangsiapa melakukan dosa, maka hendaklah dia datang kepada aku dan mengaku kesalahannya di hadapanku. Aku akan meminta ampun baginya kepada ayahku. Ayahku tidak akan menolak doa dan permintaanku." Dajjal sudah senang hati. Tetapi dia tidak pernah puas. Dia mula berangan dan mengatur perkara lain pula. Dia ingin menguasai seluruh negeri yang pernah dia singgahi dan lalui dulu. Di sinilah permulaan rancangannya itu.

Penduduk kota pun mula menunjukkan ketaatan dan menyembah ketika berada di hadapannya. Mereka memberi apa saja yang diminta. Dajjal meminta mereka membuatkan sebuah bahtera besar. Mereka bersetuju dan Dajjal sendiriyang membuatreka bentuknya yang menyerupai pesawat terbang Fir'aun. Mereka pun membuatnya. Dengan perahu besar itu dia ingin mengelilingi dunia. Dajjal menyenangkan hati para penyembah dengan menyatakan dia akan menjadikan seluruh alam tunduk dan hormat kepada pulau itu dan semuanya akan menjadi kerajaannya. Dan ibu kota kepada kerajaan seluruh muka bumi ini ialah pulau itu.

Dengan pembantu-pembantu yang hebat dan pengawal-pengawal yang kuat-kuat belaka, dia pun belayar menuju ke Amerika Utara. Perjalanannya ini berlaku pada awal abad ke 8 M (Abad ke 2 Hijrah).

Mula-mula sekali dia memasuki Amerika Syarikat melalui Florida, iaitu di pantai Miami. Ketika itu belum ada Florida dan belum ada pantai Miami. Bersama-sama para-pengawal, dia berhenti di pantai luas itu dan berkata kepada pengawalnya/'Akan aku jadikan tanah ini milikku."

Tetapi apabila Dajjal masuk ke padang Sahara, dia terjumpa dengan beberapa buah gua dan rumah-rumah batu yang besar. Dia bertemu dengan beberapa orang kaum yag hampir telanjang dan digelar Karmas atau Harmas, iaitu para penyembang Harmas, salah satu nama Iblis kerana diia memang suka berbohong. Mereka adalah para penyembah si pendusta. Tetapi makna Harmas itu dipesongkan harmas menjadi makna rabb atau assay d al-musaithir "tuhan yang berkuasa"

Sunday, 7 August 2016

Body Painting Day 2016 New York City ... 15th World Bodypainting Festival

Body Painting

Essence Music Festival Day 3

Essence Music Festival Day 3

Aretha Franklin performs at the Essence Music Festival in New Orleans on Sunday, July 8, 2012.

the 500 million yen summer Jumbo Lottery in Tokyo

the 500 million yen summer Jumbo Lottery in Tokyo

Japanese actress Yuko Nakazawa poses with 500 million yen (6.25 million USD) as tickets went on sale for the 500 million yen summer Jumbo Lottery in Tokyo on July 9, 2012. Thousands of punters queued up for tickets in the hope of becoming a millionaire

Volvo Million Miler

Volvo Million Miler

Irv Gordon drives his Volvo P1800 in Babylon, N.Y., Monday, July 2, 2012. Gordon's car already holds the world record for the highest recorded milage on a car and he is less than 40,000 miles away from passing three million miles on the Volvo

singer Nelly Furtado performs

singer Nelly Furtado performs

Canadian singer Nelly Furtado performs at the "Isle of MTV Malta Special" concert in Floriana, outside Valletta, June 26, 2012.

Rio+20, in Rio de Janeiro, Brazil

Rio+20, in Rio de Janeiro, Brazil

Kayapo tribal leader Raoni Metuktire attends a protest during the UN Conference on Sustainable Development, or Rio+20, in Rio de Janeiro, Brazil, Wednesday, June 20, 2012. Brazil's indigenous are protesting the government's plan to construct the large Belo Monte hydroelectric dam in the Amazon.

GERMANY CINEMA

GERMANY CINEMA

US actress/cast member Emma Stone (C) signs autographs as she arrives for the premiere of 'The Amazing Spider-Man' at the Cinestar in Berlin, Germany, 20 June 2012. The 3D movie will open in German cinemas on 28 June.

Serbia Mammoth Field

Serbia Mammoth Field

June 19, 2012, Miomir Korac, left, the director of the Viminacium archaeological park, and fellow archaeologists, work on a mammoth tusk at an open pit coal mine in Kostolac, 80 kilometers (50 miles) east of Belgrade, Serbia. Archaeologists in Serbia say they have discovered a rare mammoth field containing remains of at least five of the giant animals that lived here tens of thousands of years ago.

ART-CULTURE

ART-CULTURE

A participant poses with her body paintings during the 15th World Bodypainting Festival in Poertschach on July 8, 2012. Some 30,000 visitors are expected at the three-day event, with over 200 artists from 44 countries showing off their creations in the hope of taking home a prestigious World Award, the equivalent of a world championship title.

15th World Bodypainting Festival in Poertschach

15th World Bodypainting Festival in Poertschach

A participant from France poses with her body paintings designed by French bodypainting artist Johanna Soegeng during the 15th World Bodypainting Festival in Poertschach on July 8, 2012. Some 30,000 visitors are expected at the three-day event, with over 200 artists from 44 countries showing off their creations in the hope of taking home a prestigious World Award, the equivalent of a world championship title.

Big Ang Premiere

Big Ang Premiere

Angela Raiola, known as Big Ang, and her dog Little Louie arrive to the premiere of her VH1 reality show "Big Ang" on Sunday, July 8, 2012 in New York

7th parade of diversity

7th parade of diversity

A reveller smiles during the 7th parade of diversity in Cali July 8, 2012. The march promotes equality and rights of LGBTI (lesbian, gay, bisexual, transgender, intersex) people, according to the organisers

COLOMBIA

COLOMBIA
Revellers attend the 7th parade of diversity in Cali July 8, 2012. The march promotes equality and rights of LGBTI (lesbian, gay, bisexual transgender, intersex) people, according to the organisers.

A homeless boy sleeps

A homeless boy sleeps

A homeless boy sleeps next to a sleeping dog at the premises of a temple in Kathmandu July 9, 2012. Children in the streets are increasing in numbers in Kathmandu, a growing problem in one of the world's poorest countries.

NEPAL

NEPAL
A porter transports a basket filled with vegetables along a street in Kathmandu July 9, 2012.

China Economy

China Economy

Chinese residents perform Taiji exercises near high end residential complexes in Beijing Monday, July 9, 2012. China's economy faces "huge pressure" to slow further despite stimulus measures, Premier Wen Jiabao said Sunday, damping hopes for a quick recovery from the deepest slump since the 2008 global financial crisis

Summer Weather

Summer Weather

An isolated thunderstorm moves over trees and silo on a farm near Wichita, Kan., Sunday, July 8, 2012. A cold front dropped high temperatures into the mid 90s after moving through overnight

carry empty oil cans

carry empty oil cans

Moroccan residents on a moped carry empty oil cans for recycling in Rabat, Morocco July 8, 2012

A Sky Sword II

A Sky Sword II

A Sky Sword II air-to-air missile fired from a Taiwan Air Force IDF fighter jet, hits a flare target during a live fire test in Jeoupeng military base, Pingtung County, southern Taiwan, July 9, 2012. The drill was a simulation of procedures for an air raid on the military base.

market in Hefei,

market in Hefei,

A vendor stands behind her vegetables stall as she waits for customers at a market in Hefei, Anhui province July 9, 2012. China's annual consumer inflation cooled to 2.2 percent in June, from May's 3.0 percent, official data showed on Monday, giving Beijing more scope to ease monetary policy to support growth without stoking upward price pressures.

Summer Weather

Summer Weather

An isolated thunderstorm drops rain near Wichita, Kan., Sunday, July 8, 2012. A cold front dropped high temperatures into the mid 90s after moving through overnight.

Saturday, 6 August 2016

The Death Of Marilyn Monroe - Conspiracy Theories. August 4th 1962

Marilyn Monroe's Brentwood House Marilyn Monroe's Brentwood Hacienda 1962 House Tour of Marilyn Monroe and Hollywood Collector Greg Schreiner

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts