Akhirnya Dajjal sampai di Amerika, Negeri impian bagi semua pengembara pada zaman dahuluKaum di situ bukan sahaja menyembah Iblis syaitan tetapi ada juga kaum lain yang berdekatan dengan negeri mereka pula menyembah matahari. Mereka inilah yang mengikut mazhab-mazhab Fir'aun, yang sampai di tanah Amerika sejak enam atau tujuh ribu tahun. Mereka meninggalkan beberapa peninggalan yang dianggap suci oleh nenek moyang mereka. Dajjal mula menyebarkan ajarannya dalam bentuk penyembahan dirinya. Dia mula memperkenalkan mazhabnya ke beberapa kawasan pantai daerah Amerika yang dipanggil Florida itu. Nama Florida ini berasal dari Jordan idah atau flory dan Ida yang bermakna dukun yang ditunggu. atau "tuhan masa depan, iaitu di dalam dailek India Kuno. Bahasa ini telah hilang tetapi telah dipergunakan oleh orang-orang India Red Indian yang pada zaman dahulu telah pindah ke sana. Kulit-kulit orang itu menjadi merah kerana di bakar bahang matahari.

Orang-orang Red Indian itu menyebut tanah itu sebagai tanah Karmas atau tanah raja. Dajjal pun mengambil kesempatan itu dengan menyatakan dialah raja yang mereka semua tunggu-tunggu selama ini. Raja yang pernah diperkatakan oleh emak bapak mereka iaitu syaitan agung. Dia pun turut serta dalam perang melawan para penyembah matahari yang mempunyai kekuatan yang sama dengannya. Dia cuba mengajak orang lain menentang hakim yang bernama Kasyih bin Jarmu, seorang berbangsa Yahudi dan Moroko dengan mengatakan hakim itu pembunuh dan perompak. Tetapi apabila hakim itu menjatuhkan hukuman mati ke atasnya, dia pun dengan segera lari tanpa ada tujuan yang tertentu.
Akhirnya dia sampai di sebuah "tanah kejahatan besar" iaitu tempat di mana pengembara atau pendatang mengumpulkan harta dengan cara apa sekalipun iaitu AMERIKA. Christopher Columbus yang menemui benua Amerika pada tahun 1492 M sendiri pernah mengatakan "Amerika adalah emas bagi pengembara." Ini bermakna orang yang datang ke Amerika tidak akan kembali kerana jalan untuk sampai ke sana amat susah.
No comments:
Post a Comment