Sementara itu. yang mengaku tuhan ialah yang menyerupai tuhan. Apakah jika dia mengaku tuhan, lalu segala-galanya akan tunduk dan taat kepadanya? Entah sudah diketahui atau belum tentang kekuasaannya, entah sudah didengari atau belum atau ada juga di antara mereka yang pernah mendengar tetapi belum pernah melihatnya. Ini adalah satu cubaan yang istimewa.

Tidak ada yang mengetahui apakah kesudahannya, seperti yang dikatakan binatang besar itu. Meskipun pada mulanya ia dikutuk dan dilemparkan oleh Allah dari rahmatNya, mungkin akhirnya dia akan kembali kepada Allah.
Bukankah perkataan TUHAN dan perkataan ALLAH itu baru diketahui oleh pemuda itu ketika diberitahu oleh binatang yang mengunjunginya?.
Binatang itu telah memberitahu bahawa Allah lah yang telah menciptakan diri pemuda itu, binatang itu sendiri dan menciptakan segala-galanya. Binatang itu memberitahu bahawa Allah lah yang menyelamatkan pemuda itu serta mengutus malaikat agong untuk menjaga dan membimbingnya.
Semua kata-kata binatang itu tidak mempengaruhi pemuda itu, dia tetap mencuba untuk menjadi tuhan. Lalu dia bertanya pada dirinya sendiri,"Sesungguhnya pengaruh rasulyang dikatakan oleh binatang itu hanya permainan dan olok-olok saja. Binatang itu memang tahu banyak perkara tetapi tunduk kepada aku. Sebab itu yang benar ialah bahawa aku adalah tuhan kepadanya. Tetapi ia tidak takut kepada aku sepertimana binatang-binatang lain di hutan belentara. Kalau begitu aku akan berusaha menyembunyikannya.
Untuk menguji ketaatan binatang itu, Dajjal pun cuba menyalakan api. Dia berusaha mencari binatang itu. Setelah bertemu dengan binatang itu dia pun mengambil dahan kayu yang telah terbakar api dan dicucuhkan ke punggung binatang tersebut. Melihatkan perbuatan anak muda itu, binatang itu pun lari lintang pukang menghilangkan diri. Apabila bertemu dengan binatang itu pada keesokan harinya, dia meyakinkan kepada binatang itu dia tidak akan menyakiti binatang itu lagi dengan syarat
Binatang itu mahu tunduk dan mengikut perintahnya.Tetapi binatang itu memberitahu,"Aku hanya akan mengikut perintah Allah dan tidak akan menurut atau taat kepada perintah siapa pun dari mahklukNya. Binatang itu memperingatkan pemuda itu bahawa satu hari nanti dia akan mengalami satu malam tanpa dapat tidur. Setelah itu dia akan mendapat laknat dari Allah dan akan keluar dari pulau tersebut menuju bum! Allah lainnya. Di sana nanti dia akan lihat bagaiamana kekuasaan Allah dan dia juga akan dapat bertemu dengan tiga orang nabi yang mempunyai banyak keistimewaan (ulul 'azim) dan ketika itulah ia merupakan satu peluang dan kesempatan terakhir bagi si Dajjal itu. Setelah memberitahu tentang peringatan itu binatang itu pun dengan begitu pantas melarikan diri darinya.
Pernuda itu kemudian pergi kebatu besar yang tertulis perkataan-perkataan yang
memberikan pengajaran itu dulu.
Dia mengangap pengaruh utusan Tuhan yang diperkatakan binatang itu hanyalah satu rahsia permainan satu perkara yang cuba memperrolok-olokkan dia. Dia mengarggap memang tidak ada Tuhan. Semua perkara berjalan begitu sahaja Setiap benda, menurut fikiran pemuda (Dajjal) itu, adalah tercipta dari sekitarnya, baik langit, anah. bumi, air, api, pokok,
bunga dan segala-galanya.
Melihatkan burung nasar hancur kedalam tanah setelah mati. Dia melihat rumusan bermakna tanah adalah bahan untuk melahirkan makhluk. Dia pun mengumpulkan •tonah itu dan bercadang hendak meletakkannya di satu tempat yang pernah digunakan oleh Jibril untuk menyimpan makanan ntuknva. Dia perrgi ke dalam gua dan menyimpanya
Tetapi ketika dia hendak tidur sebagai biasa, dia terasa tidak dapat tidur Dia rasa seperti seekor burung lepas dari sangkarnya tanpa mahu kembali. Dia cuba melakukan apa saja yang boleh membuatkannya. tidur. Dia makan dan minum untuk dapat tidur. Semuanya tidak berhasil, dia teringat pada apa yang pernah dikatakan oteh binatang itu. Dia baru percaya dengan kata-kata binatang
itu
PAgipun menjelma matahari terbit dia masih lagi tidak dapat memejamkan matanya walau sekejap sekalipun. Dia bercadang untuk keluar dari pulau itu dengan cara yang dikatakan oleh binatang yang menemaninya itu dulu, iaitu hendaklah dia menyalakan api di malam hari. Mudah-mudahan dengan cara itu dia akan diperhatikan atau paling tidak, dapat dilihat oleh manusia seperti dirinya, sebagaimana yang diperkatakan oleh binatang itu dan akan membawanya ke mana saja sesuai dengan kehendak Allah. Tetapi dia ada satu syarat yang harus dipenuhi jika dia bercadang hendak kembali lagi, iaitu dia harus hafal dengan jalan dan laluan ke pulau itu.
Tetapi adakah dia termampu mengumpul sedemikan banyak kayu untuk dibakar sepanjang malam?
Bukankah dia telah letih dan sangatmengantuk kerana tidak tidur? Dia cuba berfikir dan menggunakan akalnya dengan kedua mata terbuka. Tanpa dia sedari, dia telah diserang rasa mengantuk yang amat sangat dan tertidur dengan lelap. Akalnya cuba berfikir dan berkhayal tetapi apabila dia bangun di waktu malam yang gelap gelita itu barulah dia sedar hari sudah pun malam. Dia meneruskan tidurnya tanpa berfikir apa-apa.
Setelah dia bangun, dia pun berusaha dengan susah payahnya mengumpulkan kayu api untuk menyalakan api. Ditambahkannya lagi dengan dahan dan ranting serta daun-daun kering. Dia pergi ke pinggir pantai pulau itu sambil menyalakan api dan dibiarkan api itu menyala terus menerus sepanjang malam. Selama tiga malam dibiarkannya api itu
menyala.
Pada malam ketiga dia terlihat seakan-akan ada benda besar sedang mendekati pulau itu. Tidak lama kemudian benda itu pun berhenti, pada benda tersebut terdapat cahaya bersinar. Beberapa saat kemudian dia lihat semacam benda kayu kecil yang berlabuh di pinggir pantai.
Kemudian lima orang lelaki berbadan besar dan tegap keluar dari benda itu. Pemuda (Dajjal) itu berdiri dalam keadaan bingung di hadapan lima orang lelaki itu. Bagaimana dia tidak bingung kerana inilah pertama kali dia melihat makhluk-makhluk seperti itu. Tetapi selepas itu dia rasa senang hati dan lega apabila mereka mengajaknya bercakap dalam bahasa Arab seperti bahasanya sendiri Mereka itu adalah penduduk Yaman yang makmur. Negeri Yaman adalah terletak kira-kira 4,000 kilometer dari pulau itu.
Entah bagai mana 5 orang pemuda dari Yaman telah tersesat ke pulau kediaman Dajjal. Apa lagi Dajjal pun m e n g a m b i I kesempatan itu...
No comments:
Post a Comment