KELAHIRAN DAJJAL DAN KEHIDUPANNYA
Perjuangan memerangi Dajjal sudah sampai waktunya. Bukankah kita mahu berakhirnya fitnah besar dan berakhirnya kehidupan Dajjal yang selalu merancang langkah-langkah untuk menghina dan mencela-kakan umat Islam?
Mari kita tinjau tentang Samirah. Negeri Samirah adalah negeri kecil di Palestin yang nanti akan
menjadi sebuah negara besar Bahkan menjadi ibu kota kerajaan Bani Israil warisan Nabi Sulaiman. Ini berdasarkan masakelahiran Nabi Musa, kira-kira satu abad sebelumnya.
Seorang lelaki dan seorang perempuan keturunan Yahudza,
setelah 31 tahun berkahwin, lahirlah seorang anak yang
paling membahayakan kedua orang tuanya, sebagaimana yang
digambarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.,"kedua matanya tidur
tetapi hatinya tetap terjaga."
Keluarga Dajjal, ayah, ibu dan abang-abangnya adalah
penyembah berhala. Dulu, mereka menyembah sebuah berhala
berbentuk seperti lembu betina. Sebenarnya berhala itu bukan
sekadar patung lembu betina, ia adalah syaitan durjana yang
menyerupai dirinya seperti patung lembu betina. itu.
Mereka menyembelih binatang untuk dikorbankan kepada
berhala. Yang sebenarnya dipersembahkan kepada syaitan,
berserta minuman arak yang dihulurkan setiap hari.
Disamping itu mereka juga suka melakukan penghambaan atau
persembahan dan ketaatan. Setiap pagi mereka lihat sisa-sisa
dari apa yang mereka korbankan di tempat itu. Sangka mereka,
itu adalah sebagai tanda bahawa Tuhan mereka merestui apa
yang mereka lakukan.
Permintaan kedua-dua orang tua Dajjal ialah agar mereka diberi anak lelaki. Akhirnya Allah s.w.t. pun menjadikan kehamilan keatas seorang wanita yang yang dilahirkan dari perbuatan zina antara mahra-dengan seorang suami yang juga dilahirkan dari hasil perzinaan "
Sedang emak dan ayah Dajjal melakukan persetu b u h an,
syaitan pun turut ikut tumpang , jadi Dajjal wujud hasil
dari percampuran, manusia dan syaitan. mahram. Sementara
itu syaitan pun turut ikut masuk ke dalam saluran
kencing lelaki penyembah berhala setiap kali dia
menggauli isterinya.
Jadi syaitan pun turut mencampuri isteri penyembah berhala itu bersama-sama suaminya. Bertemulah sperma dan obari dari unsur manusia dengan unsur syahwat yang penuh kedengkian dari jin, sebagaimana yang ditakdirkan oleh Allah.
Dalam buku Ihdzaru al-Masikh ad-Dajjal menyatakan Dajjal lahir dari hasil hubungan ketika ibunya sedang menstruasi, lalu terjadilah kehamilan sebagai pengaruh perbuatan Syaitan.
Pada malam yang sangat menakutkan, diiringi hembusan angin,
ribut salji dan hujan lebat. pasangan suami isteri itu mendengar
suara dari patung lembu betina liar "Den tahu bahawa dia telah
meredhai kedua-duanya. Bahkan. dia memerintahkan malaikat
untuk mengkurniakan kepada mereka seorang anak
Tetapi jika kedua-duanya tidak memperbanyakkan ketaatan dan
penyembahan berhala serta tidak banyak menumpahkan darah
korban. maka dia akan menggantikan anak lelaki itu kepada
anak perempuan.
Apalagi. kedua-duanya pun sujud dan bersimpuh depan patung
itu dengan penuh setia sambil menyatakan mereka mahukan
sangat anak lelaki. Patung syaitan itu menyusruh mereka
menyembelih seekor lembu betina gemuk dan besar kemudian
menyuruh diletakkan sembbelihan itu di hadapan patung,
dan selepas itu mereka berdua selepas itu mereka berdua
dilarang untuk masuk ketempat itu sepanjang mala. Apa yang berlaku sebenarnya syaitan telah mempermainkan mereka berdua melakukan apa saja kehendak dan kemahuan. Syaitan dapat melihat apa yangtidak dapat lihat oleh manusia hiasa, Sebab jin boleh melihat apa yang ada dalam jasad nanusia. sama seperti seperti manusia melihat filem X-Ray,
Semasa kecilnya Dajjal banyak membawa sial kepada bapanya,
sehinggakan kena penjara dan d i s e k s a sehinggakan dia dapat
melihat kandungan perempuan itu sejak awal lagi. Namun begitu
syaitan tidak tahu apa yang akan terjadi, Syaitan tidak tahu apakah
anak itu perempuan atau lelakf tetapi dia tahu betapa besar kemahuan pasangan itu dengan kelahiran anak lelaki.
Perempuan itu pun melahirkan anak lelaki tetapi anak yang baru lahir itu cacat kedua-dua belah matanya sejak lahir. Bayi itu suka tidur malam dan siang serta amat jarang bangun untuk menghisap air susu ibunyayang berbadan besar Imam Ahmad meriwayatkan dalam Musnad, iaitu sebagaimana sabda Rasulullah mengenai keluarga Dajjal.
"Ayahnya tinggi, gemuk dan hidungnya seperti paruh burung.
Sedangkan ibunya fardhakhiyyah, iaitu banyak daging dan
berbadan gemuk. Kedua tangannya panjang dan kedua
teteknya pun besar. Oleh kerana anaknya tidak disusui
oleh ibunya maka ibunya terkena penyakit yang ditimbulkan
kerana tertahannya air susu, ia bahkan dapat mengakibatkan
keracunan yang berakhir dengan kematian. jadi anak lelaki
itu sejak awal memang telah mendatangkan sial kepada ibunya.
Paling anehnya, anak lelaki itu bertahun-tahun duduk diam dan hanya bergerak beberapa kali, sehinggakan orangtuanya menyangka dia lumpuh atau pun Tuhan mereka sudah murka. Maka mereka pun menyajikan berbagai jenis sajian sebagai tanda taat tetapi anak lelaki itu tetap seperti itu juga, tidak ada sebarang perubahan.
Selama empat tahun sebelumnya dia belum pernah berjalan Padahal orang tuanya telah memberikan air susu kambing serta berusaha untuk menggerak-gerakkan kedudukan anaknya. Anaknya itu hanya minum seteguk dua sahaja, kemudian terus tidur.
Melihatkan anaknya dalam keadaan seperti itu, orangnya tidak pernah merasa tenang. Hatinya sentiasa tertanya- tanya apakah anaknya masih hidup. Mereka sering meletakkan tangan atau melekapkan telinga pada dada anaknya itu. Di dapati anaknya masih hidup
Sebagaimana kata Rasulullah s.a.w.. "Kedua matanya tidur, tetapi hati tetap terjaga." Pada satu malam tiba-tiba anaknya itu bergerak bangun, sementara orang tuanya sedang tidur. Dia cuba merangkak kemudian berdiri untuk berjalan dengan kedua kakinya. Kemudian diaberjalan perlahan-lahan tanpa diketahui oleh keduaorang tuanya, seakan-akan ada roh lain yang menyusup ke dalam tubuhnya sambil memberitahu dan membantunya untuk berdiri dan berjalan. Sudah tentulah roh lain itu ialah Jin Syaitan (Jinni Mutasyaithan).
Kedua-dua mata anak lelaki itu cacat dan dia telah dirasuk
oleh syaitan yang bersemayam dalam patung lembu. Syaitan itu memimpin kanak-kanak itu menghala ke patung lembu betina.
Kemudian dia ditinggalkan tidur di sisi patung tersebut.
Apabila ayahnya bangun dia terus mendapatkan anaknya
yang tertidur dipangkuan tuhan- tuhan patung lembu betina itu.
Ayahnya cuba mencari apakah makna peristiwa yang terjadi itu
tetapi tidak berjaya menafsirkannya. Lalu ayahnya itu tadi pun
memanggil jiran-jiran tetapi jiran tidak mempercayai dengan
peristwia itu, mereka menuduh ayahnya sendiri yang mebawa
anaknya itu dan meletkkannya dipangkuan tuhan-tuhan
tersebut. Jiran- jiran itu tahu anaknya itu lumpuh dan
hanya boleh duduk sahaja.
Walaubagaimana pun berita mengenai hal itu tetap tersebar.
Bagi sesetengah orang yang mempercayainya datang berduyun-
duyun ke rumahnya untuk melihat dari dekat akan kejadian aneh
yang terjadi kepada budaklelaki itu.
Dalam masa yang sama adayyang cuba mencari berkat dari budak itu. Namun, hakim-hakim yang ada di kawasan itu berasa tidak senang hati untuk menerima kebenaran kejadian itu dengan begitu saja. Lalu mereka pun membawa ayah anak itu kehadapan hakim besardi kota yang kemudian memaksa ayahnya memberitahu apakah sebenarnya yang terjadi.
Ayah menceritakan perkara sebenar tetapi hakim-hakim tidak
mahu menerima kenyataannya, ialu ayahnya itu diperintah
masuk penjara dan didera. Ketika di dalam penjara dia
dipaksa membuat kenyataan bahawa tidak ada sesiapa
yang harus dipatuhi kecuali hakim agung yang menguasai
negeri tersebut.
Setelah puas kena seksa maka dia pun terpaksa mengaku dan membuat pengumunan di hadapan hakim dan penduduk negeri bahawa tiada tuhan selain hakim dan bahawa tidakada yang dapat memberi perto-longan atau mendatangkan
bencana selain dari hakim. Dengan pengakuan yang dia buatitu maka dia pun dikeluarkan dari penjara tetapi anaknyaitu terpaksa dijaga di dalam istana dengan penuh perhatian dan tidak dibenarkan keluar dari istana hakim.
Nota: sumber dari majallah Dajjal Muncul di segitiga bermuda
No comments:
Post a Comment