Monday, 27 February 2017

DAJJAL - Berada di negeri jiran-jirannya

DAJJAL BERADA DI NEGERI---- Jiran-jirannya (bab2)

Penduduk-penduduk di situ terbahagi kepada dua golongan, ada yang percaya dengan Dajjal, sementara sebahagiannya pula menolak keluar ajaran Dajjal itu. Apabila Dajjal dapati ada golongan yang ragu-ragu dengannya, maka dia pun belayar melarikan diri. Dia tidak tahu kemana hendak dituju, hanya mengikutarah tiupan angin. Tahu-tahu saja dia sudah sampai di England, Ireland, Scotland dan kemudian ke Perancis. Dajjal berkenalan dengan penduduk negeri yang dia pergi itu sambil mengenal tentang keadaan alam di situ.

Tetapi dia rasa tempat-tempat itu semua masih tidak begitu sesuai baginya untuk dibuat tempat tinggal. Dia pun buat keputusan balik semula ke Amerika Selatan dengan bahtera besarnya. Semasa dalam perjalanan balik itu dia berlabuh di pantai sebuah pulau yang bernama Puerto Rico. Dia tengok penduduk di situ lebih serius dan ikhlas daripada penduduk kepulauan Bermuda dalam acara menyembah syaitan.

Dia pun bertanya tentang rahsia penyembahan penduduk kawasan itu dan bertanya bagaimana ajaran itu tersebar sehinggakan para penganut di situ mempunyai keyakinan yang kuat. Dajjal diberitahu, Pada satu masa dahulu, di zaman nenek moyang mereka, ada seseorang lelaki yang berbadan besar menjelma dalam bentuk cahaya terang seperti api kepada penduduk pulau itu iaitu tepat pada sebelum matahari terbenam di atas gunung dan menyeru memberitahu.'Aku adalah tuhanmu. Jika kamu semua tidak sujud kepada aku, maka aku akan gegarkan bumi ini.

Oleh kerana rasa takut, maka mereka pun sujud. Dajjal bertanya: "Apakah sekarang ini boleh nampak orang itu?" Mereka menjawab," Setiap tahun orang itu akan muncul satu atau dua kali di atas gunung yang nenek moyang kami panggil Gunung Terbit. la dipanggil Gunung Terbit kerana Syaitan Agung, tuhan kami menerbitkan cahaya di atas gunung itu. Dajjal pun berjanji dengan ketua-ketua penduduk di situ yang dia akan datang semula untuk menghadiri perayaan tahunan agama ini. Mereka tidak halang kalau Dajjal mahu datang tetapi harus ikut cara dan doanya. 

Dajjal bertanya." apakah doanya?" Para penyembah syaitan itu pun memberitahu tentang doa dan syaratnya. Dajjal setuju. Mereka mengucapkan,

"Wahai tuhan kami. Wahai cahaya wujud dan pembawa obor cahaya kepada seluruh makhluk. Aku hadapkan jiwaku kepadamu dengan keimanan, kecintaan dan penyucian. Engkaulah kebaikan dan inti kebaikan. Oleh sebab itu, aku berjanji kepada mu untuk menjadi hambamu yang taat dan mencintaimu dan musuh dewa kejahatan. Engkaulah roh kebenaran. Engkaulah, wahai Iblis, cahaya keabadian.

Engkaulah wahai Iblis cahaya keabadian. Engkau nampak kepada kami, sebab itu kami membenci tuhan yang tersembunyi dan hidup dalam kegelapan. Kerana itu aku akan membenci kegelapan dan mengubahnya jadi api dan cahaya, Maka lakukanlah padaku apa yang dapat memuliakan namamu. Wahai tuhan kami Iblis yang agung, terimalah doa dan ketundukanku, sinari jalanku dengan keindahanmu yang memancarkan sinar dan keti' • mendekat hari terakhirku. Engkau mendapatiku sebagai pemberani dan tenang ketika menghadapi kematian dan kesempurnaan persiapan untuk pindah ke haribaanmu dalam api keabadian. Amin."

Dajjal setuju dengan mereka dan cara mereka. Padahal dia menyembunyikan sesuatu hasrat dalam diri dia sendiri.

Hari perayaan yang dia nanti-nantikan telah tiba. Dajjal menghadir kan diri di upacara kemunculan Syaitan kaum itu. Tetapi peliknya, syaitan yang mengaku tuhan itu tidak datang pada hari upacara Syaitan. Setelah menanti selama dua hari, para penyembahnya menganggap Syaitan sedang sebok menguruskan alam ini sebab itu tidak muncul. Tiba-tiba pada hari ketiga syaitan memunculkan diri kepada mereka di atas gunung dalam kegelapan, Badannya seakan-akan menyala dan mengeluarkan cahaya. 

Dia menyeru mereka sujud. Para penyembahnya pun sujud, hanya seorang sahaja yang tidak sujud. Siapa lagi kalau tidak Dajjal. Sebabnya Dajjal tidak sujud kerana yang menjelma atas gunung itu ialah Dajjal yang menampakkan diri menggantikan Iblis.

Dajjal mengambil kesempatan itu kerana dia lihat sudah dua hari syaitan tidak muncul. Lalu dia pun menyapu badannya dengan minyak fosfor dan dipermainkannya api. Dia berkata kepada para penyembah/Tanda keredhaanku ke Dajjal sentiasa mencari peluang untuk menyesatkan orang kononnya dia Tuhan atau paling tidak pun dia mengaku dia anak tuhan.......sehingga dia sanggup buat perjanjian dengan Iblis atas kamu ialah adanya seorang yang akan hidup di tengah-tengah kamu semua.

Dia adalah putraku. Aku mengutusnya kepada kamu semua dan seluruh alam. Dia adalah raja kamu dan anak tuhan.Dia akan menjaga dan memelihara kamu. Jika dia memerintahkan sesuatu, taatilah. Jika dia melarang sesuatu, janganlah membantahnya. Jika dia meminta sesuatu, berikanlah. Jika dia memberi kepada kamu semua, maka sujudlah kepadanya. 

Dia adalah dari aku dan aku adalah darinya. Kami adalah seperti matahari dan cahayanya. Tanda ketuhanannya ialah kedua matanya aneh. Barangsiapa memandang kedua matanya, maka dia akan mendapatkan syurga dan keredhaan."

Kemudian dia menghilang dan mereka pun tertanya-tanya, siapakah gerangan orang yang dimaksudkan. Para penyembah pun mula tercari-cari orang asing utusan tuhan itu. Akhirnya mereka terjumpa Dajjal sedang tidur di bawah pokok di tengah hutan. Mereka mengejutkan dia. Dia pun bangun. Kemudian mereka sujud di hadapannya serta memohon keredhaan. Dia pun berkata kepada mereka,"Berdirilah! Ayah aku tuhan yang agung, telah mengampuni segala dosa kamu semua. Mulai hari ini, lakukanlah apa saja yang kamu mahu. Barangsiapa melakukan dosa, maka hendaklah dia datang kepada aku dan mengaku kesalahannya di hadapanku. Aku akan meminta ampun baginya kepada ayahku. Ayahku tidak akan menolak doa dan permintaanku." Dajjal sudah senang hati. Tetapi dia tidak pernah puas. Dia mula berangan dan mengatur perkara lain pula. Dia ingin menguasai seluruh negeri yang pernah dia singgahi dan lalui dulu. Di sinilah permulaan rancangannya itu.

Penduduk kota pun mula menunjukkan ketaatan dan menyembah ketika berada di hadapannya. Mereka memberi apa saja yang diminta. Dajjal meminta mereka membuatkan sebuah bahtera besar. Mereka bersetuju dan Dajjal sendiriyang membuat reka bentuknya yang menyerupai pesawat terbang Fir'aun. Mereka pun membuatnya. Dengan perahu besar itu dia ingin mengelilingi dunia. Dajjal menyenangkan hati para penyembah dengan menyatakan dia akan menjadikan seluruh alam tunduk dan hormat kepada pulau itu dan semuanya akan menjadi kerajaannya. Dan ibu kota kepada kerajaan seluruh muka bumi ini ialah pulau itu.

Dengan pembantu-pembantu yang hebat dan pengawal-pengawal yang kuat-kuat belaka, dia pun belayar menuju ke Amerika Utara. Perjalanannya ini berlaku pada awal abad ke 8 M (Abad ke 2 Hijrah).

Mula-mula sekali dia memasuki Amerika Syarikat melalui Florida, iaitu di pantai Miami. Ketika itu belum ada Florida dan belum ada pantai Miami. Bersama-sama para-pengawal, dia berhenti di pantai luas itu dan berkata kepada pengawalnya 'Akan aku jadikan tanah ini milikku."

Tetapi apabila Dajjal masuk ke padang Sahara, dia terjumpa dengan beberapa buah gua dan rumah-rumah batu yang besar. Dia bertemu dengan beberapa orang kaum yang hampir telanjang dan digelar Karmas atau Harmas, iaitu para penyembang Harmas, salah satu nama Iblis kerana dia memang suka berbohong. Mereka adalah para penyembah si pendusta. Tetapi makna Harmas itu dipesongkan harmas menjadi makna rabb atau assay d al-musaithir "tuhan yang berkuasa"

No comments:

Post a Comment