Monday, 17 September 2007

PERTEMUAN KEDUA DENGAN SEORANG NABI ......

PERTEMUAN KEDUA DENGAN SEORANG NABI DALAM
KEHIDUPAN DAJJAL YANG BERMAHARAJA LELA (bab 2)


Dajjal tahu bahawa orang-orang Samirah mengaku sebagai keturunan para penganut agama Musa yang benar dan bahawa Musa menjadikan Bait lyl, yakni rumah Allah sebagai kiblatnya setelah tersebar berita bahawa Nabi Yaakob, nenek moyang tertinggi bangsa Ibrani telah membangunkan tempat ibadahnya yang disucikan Allah di tempat itu. Tetapi yang paling menghairankan ialah dia mendengar tentang seorang dari keturunan Nabi Daud, dari sebelah ibu, mengaku nabi.

 Dia adalah Nabi Isa al Masih, penyelamat kaum Yahudi dari pertikaian, kezaliman dan kemusnahan. Dia datang bukan untuk menghapus melainkan untuk menyempurnakan Namus (ajaran agama). Dajjal ingin tahu apakah orang itu betul-betul Nabi atau bukan. 


Dajjal pun bercadang hendak mengujinya agar menjadi pertemuan besar kedua dalam hidupnya, yang pernah dijanjikan kepadanya. Dia pergi ke tempat tinggalnya dan mengutus seseorang. Dia masih berada di luar. Orang itu berkata, "Jika engkau benar-benar seorang nabi, katakan pada aku siapa yang berada di luar?" Nabi Isa al Masih berhenti sejenak lalu berkata, lalu berkata, "Wahai saudaraku, beritahuku kepada orang yang mengutusmu bahawa Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Agung menerima taubat dan mengampuni dosa-dosa setiap hamba Nya. 


Jika hamba itu mahu bertaubat, mengaku keesaan Tuhan, maka dia benar-benar kembali. Dialah yang melindungi anak kecil yang sedang tidur dari kekeja-man penguasa. Dialah yang memeliharanya dipulau tempat tinggal binatang raksaksa itu sewaktu dia masih kecil. Dialah yang mengajarkan kepadanya keesaan Tuhan dan solat melalui tulisan keper-cayaanNya, Jibril. 




Dia Mahakuasa untuk memaafkan fitnah yang telah dilakukannya kepada Bani Israil Jika dia beriman kepada al Masih ar-Rabb dan apa yang diturunkan padanya berupa Injil."Orang utusannya itu kelua-menemui orang yang cacat kedua matanya dan memberitahu berita yang diterimanya itu. Tetapi DajjaM mengatakan, "Dia adalah tukang sihir, syaitan-syaitan telah meresap masuk dan merasuk ke dalam dirinya. Jika dia seorang nabi, dia tidak akan mengetahui siapa aku dan apa yang telah terjadi sebab para nabi itu tidak akan memberitahu perkara yang ghaib.

 Hanya Allah yang mengetahui yang ghaib, meskipun ada di antara syaitan yang mencuri khabar sebagaimana diajarkan dukun Mesir kepada aku." (Sebenarnya Dajjal berdusta. Syaitan tidak datang kepada para nabi. Benarlah Allah swt yang berfirman, "Apakah akan Aku berikan kepadamu, kepada siapa syaitan-syaitan itu turun? Mereka turun kepada tiap-tiap pendusta lagi banyak dosa mereka menghadapkan pendeogaran (kepada syaitan-syahan) itu dan kebanyakan mereka. pendusta-penctusta (Surah asy-Syu'ara, 26:221-223) Syaitan dan jin bertujuan merosak, mengajak kekufuran, berbuat kemaksiatan berlakuzalim, sombong kepada Allah, mengingkari hukum-taftum Nya dan melakukan perbuatan buruk lainnya.


  Dajjal mencampurkan satu keghaiban dan keghaiban lain. Padahal, semua keghaiban baik yang telah. sedang, akan atau tidak akan ada hanya diketahui oleh Allah s.w.t. Adalah mungkin bagi Allah memberitahukan yang ghaib kepada salah seorang nabi untuk menguatkan hujjahnya. Sementara itu, keghaiban yang diketahui para syaitan adalah berita yang dicuri dari langit. Mereka mendengar dari malaikat, lalu memberitahunya. Seterusnya, mereka kembali kepada pemimpin mereka, memberitahu-kannya dan mencampurnya dengan seratus pembohongan. 


  Ini semuanya adalah keghaiban yang bukan keghaiban. Contohnya, seseorang yang bersembunyi di balik dinding, lalu kami tanyakan kepada kepada seseorng siapakah yang berada di dinding itu?" Ini adalah satu persembunyian bukannya keghaiban. Jin atau malaikat menampakkannya dengan wahyu benar atau dengan penyingkapan daripada Allah kepada nabi dan wali Nya. Namun Dajjal tidak mahu berhadap-hadapan. Dia ingin membenarkan dirinya dengan hujjah yang lemah untuk tidak mengimani Nabi Isa al-Maseh. Padahal dalam hati sanubarinya, dia meyakini bahawa Isa bin Maryam adalah nabi kedua yang dia baca pada batu bertulis.

  Tetapi dia tidak ingin menjadi pengikutnya, walaupun Nabi itu mengangkatnya sebagai penguasa atau raja suatu negara atau negeri. Dia mahukan sesuatu yang lain yang menurutnya sesuai dengan dirinya, iaitu dia bertanya mengapa dia tidak menjadi nabi? malah lebih dari itu, Mengapa dia tidak menjadi Tuhan? Mengapa dia tidak menguasai seluruh negeri yang dia kelilingi, yang dia lawati, bahkan ke atas negeri yang belum dia kunjungi. 

Dia ingin segala galanya tunduk kepadanya, tetapi bagaimana caranya? Binatang raksaksa itu memberitahukannya bahawa kesempatan yang terakhirnya baginya ialah mendustakan nabi kedua. Jika dia mendustakannya dan datang nabi ketiga, maka dia akan menjadi tuhan yang memerintah tetapi tidak berkuasa. Sekarang dia berhasrat untuk menjadi tuhan yang memerintah dan berkuasa. Sebab, tidak ada yang dapat memerintah tanpa kekuasaan. Bagaimana perkara itu boleh terjadi? Sudah tentu, binatang itu adalah syaitan yang telah mencuri berita dari langit dan ia mengetahui aku akan menjadi orang mulia di dunia ini. 

Tetapi ia berbohong dalam pemberitahuannya kepadaku. Atau berita-berita itu disampaikan kepadaku setelah dicampurkan dengan berita-berita lain. Begitulah Dajjal membenarkan dirinya datem dusta, sebagaimana pembunuh membenarkan dirinya dalam kedurhakaan, penipu membenarkan dirinya dalam penipuan. Itulah penyakit jiwa yang merasuk akal dan hati pendurhaka di setiap zaman dan di setiap tempat. 


Nabi Isa al-Masih menunggu kembalinya seseorang yang berada diluar. Tetapi hal itu tidak mungkin terjadi. Orang itulah nanti yang akan mencuri nama dan gelarannya di kemudian hari. Nabi Isa al-Masih memperingatkan' kaum dan para pengikutnya (hawariyyun) tentang fitnah Dajjal yang mengaku sebagai al-Masih, padahal sesungguhnya bukan. Dia juga mengaku sebagai Tuhan semesta alam, padahalnya bukan. Nabi Isa memperingatkan mereka akan kejahatan dan sihirnya. Dajjal membuatkeputusan untuk pergi mengembara ke negeri-negeri yang jauh. Dia akan pergi melancong ke negeri India, Jepun dan China. 

Dia mula menjelajah lautan, tanah-tanah dataran, padang pasir dan segala daratan. Dia bergauldengan berbagai pengalaman tanpa batas. Tetapi dia belum melihat kerajaan. Anehnya dia melakukan banyak kejahatan, menumpahkan darah, mencuri, merampas, merompak tetapi dia tidak memiliki lebih dari kenderaannya. Dajjal telah tergila-gila dengan pemikiran untuk menguasai dunia. Dia berfikir untuk kembali ke pulaunya yang dulu di Laut Yaman. 

Dia ingin mengasingkan diri dari segala urusan dunia. Dia berfikir dan membuat rancangan untuk menguasai seluruh negeri yang pernah dilaluinya. Dia menaiki bahtera bersama para pengikutnya menuju ke Yaman. Di situ dia turun menuju ke salah seorang pengikutnya. Lalu dia membawa sejumlah besar perhiasan emas di dalam bahtera besar yang dikemudikannya sendiri menuju pulau yang ditujuinya.

No comments:

Post a Comment