Tuesday, 18 September 2007

Kehidupan DAJJAL yang bermaharaja lela (bab 3)

PERTEMUAN KEDUA DENGAN SEORANG NABI DALAM KEHIDUPAN DAJJAL YANG BERMAHARAJA LELA (bab 3)

Setelah berlabuh, dia berjalan menuju ke gua, tiba-tiba binatang raksaksa itu menghalangi jalannya. Binatang itu bersama 20 orang yang berwajah seperti matahari yang bersinar dan bercahaya, tubuh mereka tinggi melebihi pokok yang tinggi.

Pada tangan mereka yang besar terdapat rantai besi besar berlapis berkilat seperti emas yang bukan dari dunia ini. Binatang itu juga memegang loceng seperti yang digunakan untuk memanggil ikan hiu. Dajjal yang cacat kedua matanya itu menggigil. Dengan ketakutan dia bertanya,

"Ap'a ini? Siapa mereka? Bagaimana mereka dapat sampai ke sini? Bukankah telah aku katakan bahawa engkau adalah syaitan betina yang mempunyai pelayan?

Mendengar kata-katanya, binatang itu merasa takut lalu berteriak, "wahai orang paling bodoh, engkau telah mensia:siakan dua kesempatan dan tidak tersisa bagimu kecuali janji terakhir."

Sebelum binatang itu selesai berkata, dan sebelum orang itu bertanya lagi, tiba-tiba 20 orang itu menyerangnya. Dia pengsan kerana takut.

Setelah Dajjal sedar, dia dapati dirinya telah berada di dalamgua, sementara binatang itu berada dihadapannya. ketika dia hendak menggerakkan kedua kaki dan tangannya, dia merasa berat sangat. Dia mendengar bunyi loceng yang menakutkan. Sementara itu cahaya pagi telah menyinari gua itu melalui lubang-lubang di atas, di samping pintunya yang selalu terbuka. Dia mendapati dirinya terikat. Kedua tangan dan kakinya terbelenggu dengan rantai yang sangat panjang agar dia dapat berlegar, berdiri, duduk, berjalan atau buang air di belakang yang jauh dari gua itu, yang telah disiapkan tempatnya, juga disitu disiapkan peri-gi. Binatang itu sangat mengambil berat tentang kebersihan dan kebajikannya.

Dia terasa takut dan cuba hendak melepaskan ikatan dirinya tetapi dia tidak dapat lakukan kerana ih.ii.uinya sangat kuat. Semua btdannya terbelenggu dan hujungnya diikatkan ke dinding gua yang dibuat (I.in h.itu K.il.uipun dia dapat melepaskan ranatai itu dari batu, bagaimana pula pilak dia hendak melepaskan rantai yang mengikat kedua tangan dan kakinya. Keadaan menjadi terlalu sukar Otot-otot Dajjal telah kaku, batinnya lemahdanmembisu.

Kemudian binatang itu berkata luar dari gua... kepadanya/'wahai a Dajjal masa akan datang! dewa a kekufuran dan kejahatan, sekarang . engkau berada di zaman penutup para nabi, kekasih Allah, Muhammad saw. Dia telah lahir beberapa hari yang lalu ketika engkau berada di tengah lautan sambil melalaikan ketentuan yang berjalan. Engkau berada di penghujung akhir zaman di bumi. Janji Allah teiah datang masanya.

Engkau tidak akan terlepas dari rantai yang membelenggumu kecuali setelah wafatnya kekasih Allah, Muhammad saw. yang berpulang ke hadrat Yang MahaTinggi.

Tanda telah dekatnya masa keluarmu dari gua ini ialah hijrahnya Nabi Muhammad saw. ke tanah suci (Madinah al Munawwarah) setelah orang-orang Arab memeranginya dan mengusirpengikutnya dari Mekah dan kemenangannya atas mereka. Sedangkan tanda keluarmu sebagai orang sombong di dunia ini ialah terputus pohon kurma Baisan, berkurangnya air Tasek Thabary, keringnya mata air Zughar dan banyak terjadi gempa bumi dahsyat sebelum keluarnya musuhmu yang akan memarahimu.Sambil berusaha melepaskan diri dari belenggu, Dajjal berkata kepada binatang itu.'Bagaimana aku dapat yakin yang kata-katamu itu benar?" Mengapa engkau tidak mencabut buang sihirmu dan menjauhi syaitan-syaitanmu? Memang aku ingin keluar untuk memerintah dunia. Dunia ini tidak ada rajanya kecuali aku. Sedangkan engkau berusaha menghalang hakku? Aku adalah manusia paling tua kerana waktu tidak mempengaruhi aku. Seluruh dunia di sekelilingku telah berubah tetapi aku tidak pernah berubah, tidak beruban dan tidak menjadi tua. Jadi, aku adalah anak para dewa.

Binatang itu ingin menutup dailog dengannya lalu ia berkata,"engkau bersabar atau tidak, janji Allah pasti benar.Engkau dilaknat diusir dan dilemparkan seperti Iblis terkutuk yang telah diperingatkan kepadamu melalui tulisan-tulisan utusan kepadamu.

Kemudian binatang itu pun pergi. Dajjal berusaha untuk membuka perbualan tetapi binatang itu tidak menjawab kecuali dengan pandangan-pandangan yang serius.

Sehingga pada satu hari binatang itu terlihat seorang lelaki bersama-sama temannya berlabuh dengan perahu kecil di tepi pantai pulau itu. Binatang itu menghampirinya untuk mengatakan bahawa ada seseorang di gua yang sedang menanti khabar gembira darinya. Lelaki itu mendekati binatang itu rasa takut. Maka binatang itu berkata 'hilangkan rasa takutmu dan juga orang-orang yang bersama mu. Aku bukan syaitan, aku diperintahkan oleh Allah ke pulau ini untuk melindungi seseorang yang mempunyai kaitan dengan masa depan dunia.

Aku adalah suruhan utusan Allah untuk mengucapkan selamat kepadamu daan bercakap kepadamu mengenai orang di dalam gua itu. Orang yang baru sampai di pulau itu ialah seorang sahabat Rasu-lullah saw, iaitu Tamim ad-Dari bersama-sama kawan-kawannya.

Tamim ad-Dari adalah seorang sahabat agung yang masuk Islam pada tahun 9 M. Sebelumnya dia adalah seorang pendeta dan ahli ibadah terkenal dalam agama Kristian di Palestin. Dia wafat pada tahun 40 H. .....juga ikuti kisah ini di sini.

No comments:

Post a Comment