Monday, 3 September 2007

Dajjal berjaya keluar dari pulaunya

Dajjal berjaya keluar dari pulaunya

Tanpa berfikir p a n j a n g lagi. Dajjal pun menceritakan kisah apa yang telah terjadi pada dirinya itu kepada lima orang telaki yang baru ditemuinya itu. Bukan itu saja malah dia memberitahu tentang apa yang telah terjadi terhadap temannya, binatang berbadan besar dan berbulu lebat itu. Tetapi oleh kerana dia tidak dapat membuktikan apa yang dia perkatakan itu maka kata-katanya dan ceritanya itu tidak dipercayai.

Orang berlima itu saling berbisik dan menyangka pemuda (Dajjal) itu gila ataupun mungkin telah dirasuk jin. Apatah lagi mereka melihat bentuk mata pemuda itu tersembul keluar begitu hodoh. Mereka menyangka atas sebab sifat itulah Dajjal itu telah dibuang jauh dari negeri Yaman ke pulau ini. Mereka langsung tidak berani mendekatinya kerana takut terjangkit sifat-sifat pemuda itu, dan menyuruh pemuda(Dajjal) itu duduk di jarak yang agak jauh dari mereka. Semasa pemuda(Dajjal) itu menaiki bahtera orang itu, ombak pun mulai menguak tinggi dan semakin lama semakin tinggi sehingga kelihatan ombak seperti mengamuk. Bahtera itu terumbang ambing di tengah lautan dan mereka sendiri tidak pernah mengalami kejadian seperti ini sebelumnya. Laut seakan-akan marah terhadap mereka kerana memperolok-olok siksaan yang benar itu dan marah kerana membawa pemuda itu.


Pulau Socotra yang terletak kira-kira 210 meter di luar Semenanjung Arab. Socotra merupakan DUNIA ASING � bagi penduduk Yaman sendiri





Akhirnya mereka semua selamat kembali ke Yaman. Pemuda (Dajjal) itu tetap menyatakan dia seorang yang beruntung kerana satu waktu dulu dia saja terselamat dari bencana alam sedangkan yang lain semuanya mati dan musnah binasa. Dia terus menyatakan ketika sampai di pulau itu matanya buta. Sekali lagi kata-katanya itu diketawakan oleh orang lain. Mereka pun menyuruh pemuda itu pergi berjumpa dengan seorang doktor bangsa Arab yang terkenal di negeri Yaman bernama Ma'rah.

Walaupun mereka meragui kejujuran pemuda itu, mereka tidak keberatan menolongnya mengeluarkan barang miliknya yang berupa sepotong logam. Tetapi pemuda itu tidak memahaminya. Dia hanya berjalan dan berjalan sambil bertanya kepada orang-orang Yaman. Sejak dari itu Dajjal mula menyaksikan tentang adanya kehidupan aneh baginya dan melihat ramai manusia seperti dirinya. Setiap hari dia mempelajari berbagai-bagai perkara.

Dajjal kini mula faham makna kehidupan dan makhluk-makhluk hidup lainnya dengan sangat cepat. Dia seperti memiliki kecerdasan dan kemampuan otak seratus kali dari lelaki lain. Malah dia mengetahui bahawa pada dirinya ada kekuatan, keajaiban dalam kemampuan berfikir serta kemampuan yang besar sehingga tidak hairan jika setiap orang merasa kagum ketika melihatnya. Satu ketika dia pernah menjadi pembantu kepada seorang ahli falsafah Yaman. Dia pun mengambil kesempatan itu bertanyakan tentang dirinya kepada ahli falsafah yang btjak sana itu. Dia diberitahu bahawa namanya ialah as-Samiri .

Ini berdasarkan kepada negeri asalnya Samirah, sebuah kota di Palestin. Menurut ahli falsafah itu, yang telah memeriksa kecerdasan otak, kekuatan dan keanehan kelakuannya serta kecepatan berfikirnya. Jika benarlah pemuda ini Ibn Samirah yang boleh hid up lama, maka dia akan menjadi raja yang adil atau mungkin juga menjadi raja yang zalim. Setelah mendengar kenyataan dari ahli falsafah itu dia pun teringat kata-kata binatang ganjil yang pernah member! tahu perkara yang sama kepadanya. Tetapi dia tetap mengikut niat hatinya.

Pemuda Ibn Samirah mula berfikir untuk kembali ke negeri nenek moyangnya iaitu Palestin. Tetapi sebelum Dajjal nak kembali ke negeri asalnya, dia mahu pulang ke pulau tempat dia hidup sejak kecil itu dahulu, Dia pun membeli sebuah bahtera besar dari harta kekayaan yang dikumpulnya untuk kembali ke pulau itu. Setelah pulang dengan bersendirian dan sebaik saja tiba di pantai pulaunya, kelihatan binatang itu masih setia menunggu. Binatang itu memandangnya dengan kedua oeiah mata memancarkan sinar yang tajam dan penuh makna.

Tiba-tiba binatang itu berlari dengan derasnya menujui ke hutan belantara tanpa mengucap sebarang perkataan pun. Dia terin-gatkan batu yang pernah disentuh oleh malaikat Jibril. Batu merupakan batu kecil berwarna-warni dan batu itu dipotong dari batu besar yang pernah ditulisoleh Jibril mengandungi wasiat-wasiat dan petunjuk. Selepas itu barulah dia meneruskan perjalanan ke negeri ayah moyangnya di Palestin. Sebaik sahaja sampai disana, dia tinggalkan perahunya di sebuah lembah.

Kemudian dia meneruskan perjalanannya dengan menaiki kendaraan darat sehinggalah dia sampai di Samirah. Walaupun usianya sudah mencapai 100 tahun, dia masih tidak merasa tua, tidak merasa lemah dan tidak merasa letih sedikit pun. Seolah-olah masa berhenti sewaktu dia muda.

Dia pun mula bercerita tentang apa yang pernah dia dengar dari percakapan binatang aneh dulu itu. Tetapi tidak ada sesiapa pun mahu mendengarnya dengan sepenuh hati. Mereka hanya memberitahu bahawa negeri Samirah itu telah terjadi gerhana selama lebih dari 100 tahun. Tentang kisah seorang anak kecil yang diculik malaikat sebagaimana yang diceritakan oleh lelaki itu nampaknya amat ganjil bag! penduduk di situ.

Ada seorang yang terlalu tua di negeri itu memberitahu bahawa dia adalah penduduk al-Jalil. Dia pun diberitahu oleh orang-orang tua lain dari negeri Arbad, Palestin bahawa pernah satu ketika dulu seorang anak di negeri itu telah di ambil oleh dewa-dewa. Dewa-dewa itu ialah patung-patung lembu betina. Tetapi hakim mengambil anak itu dari ayahnya kerana anak itu merupakan seroang anak yang diberkati oleh dewa, padahal hakim sendiri tidak mahu adanya tuhan lain kecuali dirinya sahaja. Tetapi anak itu mati di istana hakim ketika terj'adinya gerhana.

Lelaki itu bertanya kepada mereka/'apakah yang kamu semua sembah di Samirah?"Mereka menjawab,"Lembu betina, ia adalah tuhan para dewa. Tidakkah engkau lihat bahawa lembu betina telah memenuhi rumah kami dengan kebaikan-kebaikan seperti susu dan daging. Bahkan tikus-tikus yang merosakkan pertanian kami tidak mahu masuk ke rumah yang ada lembu di dalamnya."

Dari situ dia faham bahawa apa yang dikatakan oleh binatang aneh temannya sewaktu di pulau itu memang benar semuanya. Tetapi dia masih tidak mahu menyembah Allah kerana dia tidak dapat melihat dan mendengarnya. Maka dia membuat keputusan untuk menyembah dirinya sendiri kerana dirinya lebih cepat untuk dicintai, dihormati dan disembah daripada tuhan-tuhan yang ada disekitarnya. Dia merasa lebih pintar daripada mereka semua dalam setiap perkara.


Tanpa ragu-ragu lagi dia menganggap dirinya sebagai "tuhan" atau "anak tuhan". Yang jelas dia mendapati dirinya memilik roh isti-mewa, iaitu roh para dewa dan bukannya roh manusia biasa. Buktin-ya, hanya dia seorang saja yang diajak bercakap oleh binatang aneh itu. Dia juga sedar bahawa semua makhluk merasa takut kepadanya. Makhluk lain semuanya merasa takut kepadanya. Mereka berbuat demikian kerana mendapati dirinya ada kekuatan luarbiasa. Binatang itu pernah memberitahu bahawa yang membimbingnya ialah Jibril, malaikat paling agung, bahkan ahli falsafahYaman sendiri menyatakan bahawa jika dia hidup, dia akan menjadi raja.

No comments:

Post a Comment