DAJJAL terus bergerak, walau dengan apa cara sekalipun!!! (bab 1)
Dajjal belayar menyurusi p a n t a i pantai Amerika Latin dan pulau-pulaunya yang bertaburan luas, dan akhirnya terus menuju ke sebuah pulau bernama BERMUDA. Perkataan Bermuda ini bererti bulan ke tujuh dalam tahun Qithbi. Tetapi makna Bermuda dalam bahasa kuno yang dipakai luas di kawasan ini membawa erti PANTAI CAHAYA. la diberi nama Pantai Cahaya kerana Syaitan yang menduduki ini mendakwa mereka berasal dari dewa cahaya . Luasnya Pulau Bermuda itu ialah 53 kilometer persegi dan jumlah penduduknya lebihkurang 70,000 orang. Ibu kotanya ialah Hamilton.
Keseluruhan Bermuda ini merupakan gagasan beberapa pulau yang berjumlah 347 pulau berkarang dan terdapat beberapa teluk kecil, ada sesetengah teluknya tersangat kecil. Kesemua pulau ini terletak di Lautan Atlantik yang mempunya jarak 930 kilometer dari Amerika Syarikat. Amat anehnya dari beratus-ratus buah pulau itu hanya sebanyak 20 buah pulau saja yang ada penduduk.
Pulau-pulau yang lain itu bukanlah tidak mahu dihuni tetapi amat susah dan sulit untuk sampai dan untuk dilalui. Penduduk-penduduk Bermuda menganggap pulau-pulau itu adalah kawasan jajahan arwah Jin-Jin dan anak-anak syaitan yang menjadi tuhan.
Pada satu masa dahulu semua penduduk di kawasan ini menyembah syaitan tetapi sekarang ini ada yang berugama Kristian setelah di jajah Inggeris pada tahun 1684 M. Terdapat sebuah pengkalan udara rahsia Amerika dibina di pulau ini. Dajjal memang suka hidup di Pulau Bermuda, dia menganggap pulau itu sebagai sebuah tempat yang penuh nikmat dan terdapat segala kebebasan tanpa larangan kerana penduduk di sini menyembah syaitan, selari dengan kehendaknya. Ada sebahagian penduduk di sini yang menyembah anjing hutan. Memang aneh masyarakat di sini.
Oleh kerana penduduk di sini boleh menerima hasrat hatinya. Maka Dajjal pun mula memperkenalkan dirinya kepada penduduk-penduduk di sini, dia memberitahu bahawa dia adalah raja yang berkuasa di bumi ini dan dia menyatakan bahawa Syaitan adalah Tuhan Agung yang dia utus kepada manusia. Dajjal mengaku dialah orang tengah, iaitu orang perantaraan di antara manusia dan tuhan. Kemudian Dajjal juga mendakwa dia adalah Tuhan yang Esa dan tidak ada tuhan yang lain lagi.
Mendengarkan dakwaan Dajjal itu, tukang-tukang sihir dan dukun-dukun merasa takut dan mereka pun menganggap Dajjal sebagai musuh.Tetapi Dajjal dapat mengalahkan mereka itu semua dengan menggunakan beberapa tektik penipuan. Di samping itu Dajjal juga menggunakan tektik tipu daya ahli sihir Firaun. yang dia pelajari dari mereka, setelah sudah terpedaya dengan permainan sihir Dajjal itu, ada pula yang menganggap Dajjal itu adalah anak tuhan.
Pada Zaman Fir'aun terdapat dua kategori tukang sihir. iaitu tukang sihir yang resmi dan tukang sihir yang tidak resmi. Tukang sihir yang resmi ialah yang diiktiraf oleh kerajaan pemerintah waktu itu dan dia boleh melakukan sihirnya. Mereka adalah sebagai satu tempat mengadu dan menyelesaikan berbagai peristiwa yang sulit. Tukang sihir resmi ini mendapat kedudukan penting di kalangan rakyat. Ada sesetengahnya menjadi setiausaha peribadi
kepada raja. Mereka selalu ditanya mengenai urusan peribadi para raja, malah tentang tafsiran mimpi.
Raja sangat yakin dan percaya dengan tukang sihir dan menganggap tukang sihirlah yang membuatkan tentera mereka menang dalam peperangan. Jika telah berjaya raja akan memberikan imbuhan dan hadiah atau pun melalui nazar. Sebagaimana Firaun dan kaumnya melawan Nabi Musa.
Tukang-tukang sihir ini memang mahir dan kemahiran mereka ada yang boleh membelah laut, memotong kepala seseorang dan kemudian menyambungkannya semula dengan orang itu tanpa merasa sedikitsakitdan masih hidup.
Patung-patung dan kayu juga dapat digerakkan. Ada juga tukang sihir yang boleh menghilangkan diri ketika duduk bersama di dalam majlis. Tukang sihir ini juga dapat membaca kisah masa lalu dan meramal masa akan datang.
Mereka dapat membaca sura-surat yang tersimpan di dalam simpanan seseorang. Ada pula tukang sihir yang mahir dengan bahasa burung dan semua bahasa yang dipergunakan oleh makhluk di atasmuka bum! mi. Tukang-tukang sihir ini semua telah memenuhi syarat dan ujian yang panjang, iaitu membuat penyucian jiwa, melawan kehendak nafsu dan mengenepikan kesenangan kebendaan. Setelah berjaya dengan ujian-ujian Itu barulah mereka diiktiraf.
Sementara satu kelompok lagi ialah tukang slhir yang tidak dapat dan belum menjalani syarat-syarat penyujian jiwa itu.. Bagi orang ramai, tukang-tukang sihir telah dikurniakan mukjizat. Tetapi sebenarnya mereka telah dikhayalkan oleh tukang sihir itu. Sedangkan apa yang Nabi Musa lakukan memang benar-benar berlaku dan ianya adalah mukjizat dari Allah. Orang ramai tidak dipukau malah apa yang dilihat benar-benar terjadi tanpa khayalan.
No comments:
Post a Comment