Wednesday, 12 September 2007
DAJJAL -- Bahaya Besar dan tempat menyembunyikan rahsia ( Bab 1 )
Kisah ini adalah kisah paling bahaya. la merupakan pertemuan Nabi Musa dengan Samiri (Dajjal). Di dalam kejadian ini terkandung rahsia paling besar berkaitan dengan Dajjal.
Rahsia ini tersimpan begitu rapi dan tersembunyi.
Nabi Musa adalah hamba Allah yang fanatik dan berjiwa keras. Ketika dia sedang marah kerana Allah. Dia betul-betul menjadi perkasa di bumi ini, dan akan menunjukkan kemarahannya. Oleh kerana kemarahannya kerana Allah, dia tidak akan dapat mengawal dirinya ketika marah. Sungguhpun begitu semasa dia kembali kepada kaumnya sesudah menemui Tuhannya dan terlihat mereka menyembah patung anak lembu, ketika itu dia sedang memegang beberapa keping batu tulis, Ialu dia melemparkan batu itu. Oleh kerana peristiwa itu, dia dikatakan telah memecahkan batu tulis tersebut.
Ini menunjukkan betapa sikap marah Nabi Musa. Sebab itu dia berani menarik kepala dan memegang janggut Nabi Harun.
Allah tidak mencela Nabi Musa kerana marah kepada suadaranya dengan cara menarik kepalanya dan memegang jangut. Ini kerana dia marah kerana Allah. Allah juga telah memberitahu kepadanya bahawa kaumnya telah terkena fitnah (Fitnah si Dajjal). Ketika itu dia menyaksikannya secara langsung, dia semakin marah.
Dengan sifatyang pemarah itu tentu tidak mungkin bagi Nabi Musa hanya berdailog saja dengan Samiri (Dajjal) yang berada di depannya dan Nabi Musa langsung tidak melakukan apa-apa tindakan lain.
Padahal jika Nabi Musa marah, ketika itu juga dia akan melepaskan marahnya, kemudian dia melakukan tindakan lain. Pernah satu ketika orang Mesiryang ditamparnya sampai mati.
Nabi Musa tidak melakukan apa-apa kepada Samiri (Dajjal) itu, dan hanya mengajaknya berdailog saja kerana adanya wahyu dari Allah. Allah berfirman:la berkata:"Apakah yang mendorongmu untuk melakukan (hal demikian) wahai Samiri (Dajjal)?"
Kata-kata yang diungkapkan oleh Nabi Musa itu memang lembut dan tenang.Samiri (Dajjal) menjawab, "Aku mengetahui sesuatu yang mereka tidak mengetahuinya, maka aku ambil segenggam darijejak rasul (ajaran-ajaran) lalu aku melemparkannya dan demikianlah nafsuku memujukku."(Thaha, 20:96) Yang anehnya jawapan Samiri (Dajjal itu keras, seakan-akan dia melakukan sesuatu yang memang dia berhak melakukannya.
Terbukalah rahsia dirinya. Dia mengaku mengetahui banyak perkara yang tidak diketahui oleh Bani Israil. Dengan usia yang panjang itu, dia juga memiliki banyak pengalaman yang belum diketahui dan dialami oleh Bani Israil. Memang benar dia seorang manusia yang luarbiasa. Dia mempunyai kekuatan yang tidak dimiliki oleh orang laiu. Pemikirannya juga amat cekap dan pintar yang tidak dimiliki oleh mereka. Dia juga mengetahui tentang ilmu kimia dan fizik. Dia banyak belajardari berbagai-bagai siri pengembaraannya dengan usianya yang begitu panjang. Disini barulah Nabi Musa menyedari bahawa dia sedang berhadapan dengan seorang Dajjal.
No comments:
Post a Comment