Tuesday, 28 August 2007

Rahsia pengaruh rasul pada tujuh batu besar (bab1)

DAJJAL- >Rahsia pengaruh rasul pada tujuh batu besar (BAB 1)

Anak itu tinggal di pulau terpencil dan tidak meninggalkan pulau itu. 'ada satu ketika dia terasa hendak menuju kesatu gua besar yang terletak di sebuah gunung besar yang berwarna kelabu. Gua itu kelihatan seperti bekas gempa bumi dahsyat pada masa lalu yang telah lama berlaku. Dia cuba memperbaiki gua itu bahkan mengubahnya menjadi sebuah rumah yang sempurna lengkap dengan perkakasnya. Dia mula menjelajah pulau itu. Dia berusaha mengenali keadaan pulau itu dan menyingkap misteri yagn tersembunyi di pulau itu serta menikmati berbagai keindahan di pulau itu secara bersendirian. Dia seperti seorang raja tanpa rakyat.

Hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun, dia semakin membesar hingga berumur 20 tahun. Tetapi dia belum pernah satu hari pun menunaikan ibadah, iaitu salat yang difardukan ke atas dirinya.

Sementara itu binatang besar sentiasa mengawal dan memerhatinya. Binatang itu memberikan isyarat dengan gerakan badannya tetapi tidak jelas. Binatang itu cuba mengingatkan dia sesuatu hal penting yang telah dilupainya. Tetapi dia bersikap sombong dan tidak mempedulikan isyarat dari binatang yang ganjil itu.

Pada satu hari dia mendongakkan wajahnya ke langit sambil berkata/'Siapakah yang tahu bahawa perkataanmu itu wahai binatang adalah benar Sungguh, aku seorang diri. Aku pun tidak pernah melihat Jibril yang diutus Allah. Aku juga tidak pernah menyaksikan gempa bumi.

Bahkan aku pun tidak melihat Allah. Aku tidak tahu bahawa tulisan pada batu itu berasal dari Jibril sehingga aku tidak menghukumi dan menguasai pulau ini. Boleh jadi, itu hanyalah tulisan dan lukisan ikan-ikan yang secara tiba-tiba saja terjadi di batu-batu lautan lalu batu-batu itu dibawa ombak ke tepi pantai. Atau mungkin ia berasal dari karya yang lain."

Tiba-tiba binatang berbadan besar itu berteriak dengan keras sehingga menggegarkan pulau itu dan kemudian berlari dengan kencang menuju ke deretan pokok-pokok. Melihat perangai binatang itu, anak muda itu pun berteriak kepada binatang itu,"aku tidak tahu...., aku tidak tahu ada yang lain selain dari aku. Sesungguhnya segala sesuatu di sekitarku tunduk pada aku. Semua benda di sekitarku ini mengaku bahawa aku ini tuhan, penguasa pulau ini. Semua benda disekitar pulau ini sebetulnya berada di bawah kekuasaanku!"

Binatang itu pun lenyap dari pandangan mata pemuda itu dan tidak muncul lagi sehinggalah pada hari esoknya. la datang lagi di hadapan anak muda itu dengan mengajak dia bercakap dalam bahasa Arab yang fasih. la berkata,"Sesungguh Jibril menyuruh aku datang berjumpamu dan bercakap denganmu, bahawa engkau didatangi oleh masalah yang sangat besar dan penting. Walaupun begitu, engkau mempunyai hak yang sepenuhnya untuk membuat pilihan. Percayalah bahawa tulisan ini datang dari Jibril yang menuliskan tangannya pada kertas ini. Letakkanlah tanganmu pada apa saja, tentu engkau akan menjumpai sesuatu tanda bagi kepentinganmu. Lalu sembahlah Allah, Tuhanmu Yang Maha Penyayang di antara para penyayang.

Jika engkau tidak melakukannya, Hal itu penjadi peringatan yang menegaskan bahawa kau akan menjadi makhluk yang dilemparkan (dari rahmatAllah). Pemuda itu pun cuba mengambil sedikit dakwat mirip tanah berwarna dan bercampur air, padahal tidak cuba memahami bentuk itu dan kemudian melemparkannya kepada burung yang sejak beberapa hari telah menjadi bangkai. Burung itu berbentuk seperti burung nasar yang berbadan besar Tiba-tiba burung itu hudup kembali bergerakdan berkicau (saudah tentunya dengan kekuasaan AllaH) Burung terbang ke angkasa dan itulah tanda kebesaran Allah.

Tuhan menugurus dan Pengatur semesta alam. Yang Mahabijaksana, Yang tidak menghitung dan menuntut atau menyiksa seseorang kecualisetelah menberitahu segala urusannya melalui perantaraan. Namun tidak radian burung itu kembali semula ke tempatnya dan mati seperti mula-mula tadi.


Dia bertanya kepada binatang itu yang menemaninya 'Apakah hakikat sebenarnya yang telah terjadi itu?" Binatang itu menjawab,"Dakwat ini mengandungi kemampuan, roh dan kekuatan dari Jibril. 

Dan Jibril adalah roh Agong. la mempunyai kekuatan untuk hidup, di samping memiliki cahaya untuk menghidupkan bangkai degan kekuasaan dan izin Allah. Allahlah yang telah menghidupkan mayat-mayat bagi (kepentingan) seseorang nabi yang akan datang dari kaummu. Lalu Jibril mendakap dan merawat mayat itu. Berkat doa nabi, mayat akan hidup kembali. Mayat yang hidup itu akan menjawab pertanyaan orang-orang. Kemudian dia akan kembali mati semula. Ketahuilah bahawa Allah telah memuliakan kamu dengan kemuliaan dari Nya dan engkau tidak mempunyai tanda kelebihan selain itu. Jagalah keselamatanmu kerana jika engkau melakukan hal itu, tidak akan ada lagi yang mencelamu."

Seterusnya binatang itu berkata/'itu merupakan kesempatan baik bagimu untuk menjadi orang baik. Sebaiknya engkau jangan mensia-siakannya, sebab hari esok penuh dengan berbagai-bagai hal yang mengerikan."

Binatang itu kembali membisu dan tidak bercakap seperti manusia lagi. Sementara itu pemuda itu pun pergi berlalu seakan-akan tidak mendengar apa-apa. Jelaslah bahawa dia membolak-balikkan masalah menurut kemahuannya sendiri, kerana dia mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang yang dipertuhankan. Bagi dia, apakah makna seorang yang baik, walaupun bertaraf raja? Sesungguhnya yang disebut tuhan adalah penentu hukum dan penguasa yang boleh melakukan apa saja yang dikehendakinya. Tuhan pun dapat menguasai segala sesuatu. 


Mengapa harus meninggalkan kesempatan untuk menjadi Tuhan? tanya pemuda itu. Maksud kata 'TUHAN" seperti yang dijelaskan oleh binatang itu ialah yang sentiasa ditaati oleh segala sesuatu. Ertinya segala-galanya tunduk pada kehendak Nya.

Walau macam mana pun Dajjal tetap mahu menjadiTuhan, dia mencari jalan unhih heluar dari pulau ihi. Eapafhah Dajjal heluar dari pulau ihi?



No comments:

Post a Comment